Truly Asia Malaysia Bufet Makan Malam Ramadhan SDCC

Ramadhan Buffet

Truly Asia Malaysia Bufet Makan Malam Ramadhan SDCC | Masa berlalu begitu pantas rasanya dan bulan Ramadhan sudah hampir menghampiri kita. Dan seperti biasa Naz dijemput oleh Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) untuk menikmati juadah berbuka puasa sempana bulan Ramadhan nanti yang bertemakan “Bufet Makan Malam Ramadhan Truly Asia Malaysia”.

Truly Asia Malaysia Ramadhan Buffet

Promosi bufet Ramadhan di SDCC bermula dari 24 April hingga 21 Mei 2020. Mari meraikan berbuka puasa anda bersama keluarga dan rakan-rakan di SDCC dengan pelbagai rasa masakan tradisional Malaysia seperti Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai, Ikan Goreng dengan Sambal Cili Cuka, Bubur Lambuk Berherba dan banyak lagi boleh dinikmati di Restoran Halia

Naz rekomen sangat untuk anda mencuba Asam Pedas Ekor Lembu yang memang sedap di makan begitu saja. Selain itu Sup Berempah Daging campur mereka dengan sambal kicap cili pasti memberi selera berganda ketika berbuka nanti.

Selain itu terdapat lebih kurang 20 stesen masakan untuk anda dapatkan masakan pana-panas seperti Masakan Kawah, Ikan Bakar, Otak-otak, Teppanyaki, Sizzler, Hot Plate, Cendawan Goreng dan aneka Cucur.

Korea Hot Plate Sizzling Seafood
Korea Hot Plate Sizzling Seafood

Memang banyak hidangan yang pedas tetapi jangan risau. Anda boleh hilangkan dahaga dan juga kepedasan dengan pelbagai jenis minuman asli Malaysia seperti Teh Tarik dan Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Bandung, Teh Ais Lemon dan Air Tebu. Smoothie Fruity Blended juga disediakan bagi yang inginkan kesejukan yang nyata semasa berbuka nanti.

Tak sah kalau hidangan yang enak-enak ini tak ada pencuci mulut kan dan sudah memang tradisi kita untuk menikmatinya diakhir hidangan yang berat. Antara pencuci mulut yang menakjubkan menanti anda adalah seperti Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka, Bubur Kacang Hijau Durian, Roti Jala Pandan, ABC Cendol, Puding Roti dan Mentega, pelbagai jenis kek, tart dan banyak lagi. Anda pasti tersenyum diakhir nanti dengan menikmati pencuci mulut ini.

Harga Bufet Makan Malam Ramadhan ‘Truly Asia Malaysia’

Ok Naz nak bagi tahu, untuk harga bufet Truly Asia Malaysia ini adalah RM99++ seorang, bufet Ramadhan bermula setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam dari 24 April hingga 21 Mei 2020. Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas dicaj sebanyak RM69 net seorang. Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun makan secara percuma.

Restoran Halia - Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet

Baucar early bird dijual pada harga RM69 net seorang dijual dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020, RM79 net seorang pada bulan Mac dan RM89 net seorang dari 1 April hingga 23 April 2020.

Lebanese Venison Stew and Lemon Saffron Rice
Lebanese Venison Stew and Lemon Saffron Rice
Boloi Thai
Boloi Thai

Di samping pilihan biasa, hidangan khas disediakan setiap hari Jumaat dan Sabtu iaitu Lebanese Venison Stew, Lemon Saffron Rice, Vietnamese Chicken Roll dengan condiment dan sos, Nasi Kambing Bukhara dan pencuci mulut Boloi Thai.

Promosi Makan Malam Ramadhan restoran China Treasures pun ada juga dan menawarkan pengunjung pengalaman berharga yang terbaik. Hidangan sedap yang boleh dimakan, bersama dengan hidangan dim sum mulai setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam, bermula dari 24 April hingga 31 Mei 2020. Baucar early bird juga dijual pada harga RM69 net seorang dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020, RM79 net seorang pada bulan Mac dan RM89 net seorang dari 1 April hingga 23 April 2020. RM99++ seorang adalah kadar selepas 23 April 2020. Kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas membayar hanya RM69 net seorang. Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun makan secara percuma.

Tahun ini, D’Atap Gazebo menawarkan makanan 100 jenis barangan All-You-Can-Eat dengan hanya RM39 net seorang untuk early bird. Tempoh promosi dari 24 Januari hingga 23 April 2020 (harga normal pada RM50.00 ++ seorang). Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas membayar hanya RM35 nett bagi setiap orang. Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun makan secara percuma.

All You Can Eat

Pakej acara jamuan khas untuk Iftar di bilik private function boleh didapati dari 24 April hingga 21 Mei 2020 dengan harga RM69++ seorang untuk sekurang-kurangnya 1,000 orang. Perkhidmatan katering di luar juga boleh didapati di RM69++ seorang. Sila tempah awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Untuk tempahan, hubungi / e-mel Halia di 2089 3799 / halia.sdcc@simedarbyproperty.com atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di 2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *