ULTRAMAN SERANG GENTING HIGHLANDS

Utraman Serang Genting Highlands Ultraman Zero, Ultraman Ginga, Ultraman Tiga, dan lima lagi karakter Ultraman iaitu Ultraman Seven, Taro, Cosmos and Mebius bersama dua watak jahat iaitu kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial adalah antara watak-watak yang akan menyerang Genting Highlands dari 19 Febuari sehingga 29 March 2015. Ini merupakan antara persembahan Ultraman yang terbesar di luar negara Jepun sempena ‘Ultraman Live in Genting 2015‘!

Ultraman Live in Genting 2015
Ultraman Live in Genting 2015

 

Watak Utama Ultraman
8 watak utama Ultraman yang akan berada di Genting Highlands. Untuk ketahui watak-watak ini dengan lebih lanjut, sila klik pada foto ini.
Watak Jahat Siri Ultraman
2 watak jahat yang ganas dalam siri Ultraman. Sila klik pada foto ini untuk mengenali mereka dengan lebih terperinci.

Ultraman Live in Genting 2015’ diterbitkan oleh Tsuburaya Productions dan di ubahsuai mengikut jalan cerita yang baru bersesuaian dengan penonton Malaysia dan Resort World Genting. Tarikan utama persembahan ini merupakan pentas pertunjukkan yang menggunakan teknologi terkini dan aksi-aksi yang mendebarkan yang menjanjikan penonton akan terpegun dan terhibur sepanjang pertunjukan ini.

Harga Tiket

Tiket-tiket berharga RM48 (tempat duduk berwarna Kuning), RM68 (tempat duduk berwarna Biru) dan RM88 (tempat duduk berwana Jingga). Ada harga istimewa buat pemegang Kad Genting Rewards iaitu RM54 (tempat duduk berwarna Biru) dan RM70 (tempat duduk berwana Jingga). Terdapat 2 waktu pertunjukan iaitu pada jam 4 petang dan 8 malam setiap hari.

Kerusi Galeri - Harga TiketJadi apa tunggu lagi, kunjungilah Genting International Showroom, Genting Grand Hotel, Resorts World Genting bagi menyaksikan persembahan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

Nantikan cerita selanjutnya tentang pertunjukan ini nanti dari NaZ.

Daris & Mebius
Jom ke Genting!

One thought on “ULTRAMAN SERANG GENTING HIGHLANDS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *