Umairah Uzma Collections Kini Kehadapan

Umairah Uzma Collections Kini Kehadapan |  Siapa yang kaki shopping mesti tau apa itu pesta Mood Republik, dan siapa yang pernah pergi ke jualan Mood Republik mesti pernah ternampak jenama Umairah Uzma Collections ini. Bermula pada tahun 2014 dengan hanya berkongsi tapak gerai jualan dan pada tahun 2015 sehingga 2017 dengan tapak gerai jualan sendiri, Umairah Uzma terus maju dengan jualan koleksi barangan kecantikan seperti inai, pewarna kuku, minyak penjagaan kuku, set kelengkapan kuku, celak mekah, barangan solekan dan terkini minyak wangi.

Umairah Uzma Collections

Jenama ini memang payah nak jumpa di gerai-gerai jualan luar kerana hanya dijual secara eksklusif di pesta Mood Republik sahaja. Naz dengar cerita berkontena-kontena jualan mereka pada pesta tersebut. Antara produk yang menambat hati pelanggan mereka adalah produk Makeup Fix Spray yang berasaskan bahan semulajadi iaitu air dan aloe vera. Produk ini terhasil apabila anak kepada pengasas Umairah Uzma mengidap penyakit ekszema ketika lahir. Beliau telah mengkali dan menyelidik berkenaan penyakit tersebut dan menghasilkan produk spray ini. Setelah menggunakan produk ini ke atas kulit anaknya, beliau mendapati ekszema anaknya berkurangan dan kulitnya semakin baik.

Puan Nurul Nur Ariani

Inilah dia pengasas Umairah Uzma iaitu Puan Nurul Nur Ariani, seorang yang sangat humble dan menyukai kecantikan serta kebersihan.  Atas minat dan passion beliau kepada kecantikan maka terhasillah produk-produk yang sangat meletop di pesta Mood Repulik.

Set Lengkap Glowing Foundation

Atas usaha gigih beliau, Umairah Uzma terus mengeluarkan produk-produk baru seperti set lengkap Glowing Foundation 3-in-1 (2015) yang juga merawat masalah kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut  dan menyerikan muka; produk Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub dan Charcoal Detox Mask (2017) yang dieksport ke Australia dalam bahan mentah (bukan atas jenama Umairah Uzma) kerana permintaan yang tinggi disebabkan produk tersebut bebas dari bahan kimia; dan terkini Embrace Eau De Parfum (2018) yang berasaskan 100% pati minyak wangi Dubai dengan hanya 12% campuran alkohol dan boleh dipakai ketika solat.

Set glitters

Produk Scrub

Embrace Eau De Parfum

The embrace

Pada sesi santai bersama media, Puan Nurul telah menggalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menjadikan Umairah Uzma sebagai produk mereka sendiri. Hanya tanggalkan sticker dan anda boleh letakkan sticker anda sendiri. Ini merupakan cara Puan Nurul membantu usahawan-usahawan kecantikan memiliki produk dan jenama mereka sendiri untuk meningkatkan pendapatan mereka. Atas permintaan ramai juga, kini Puan Nurul telah mengambil beberapa agen baru dibawah jenama Umairah Uzma bagi meluaskan lagi capaian pasaran di seluruh Malaysia.

Jadi bagi yang berminat untuk mempunyai produk kecantikan dan jenama mereka sendiri, bolehlah hubungi Puan Nurul di talian 017-2946162 (Sannah Anna) untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Boleh ikuti Umairah Uzma di media sosial seperti berikut:

Instagram
www.instagram.com/Umairah_Uzma

Facebook
www.facebook.com/UmairahUzma

laman web
www.umairahuzman.com

Leave a Reply