Usop Muncul Dengan ‘Aku Yang Bersalah’ Single Terbaru

Usop - Aku Yang Bersalah (Artwork)

Usop Muncul Dengan ‘Aku Yang Bersalah’ Single Terbaru |  Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya di tambah pula dengan karakter yang kelakar. Berasal dari Kulim, Kedah pemuda yang digelar Usop ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari sebuah rancangan TV realiti popular sekitar setahun lalu.

Biarpun baru menginjak usia 21 tahun, Usop mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mempunyai para peminat serta pengikutnya tersendiri. Pernah muncul dengan single ‘Matahari’ serta ‘Nama Terindah’ dan pernah diberi peluang berganding dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hazama lewat lagu ‘Saya Anak Malaysia’ dia kini kembali dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Aku Yang Bersalah’.

Usop dengan single terbaru

Lagu berentak balada pop ini merupakan hasil karya penyanyi popular Haqiem Rusli bersama rakannya Fareez Fauzi. Seperti kebanyakan lagu berentak balada, lagu ini menceritakan tentang kisah cinta yang didustai dan dijangka menjadi kesukaan ramai.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “Jika kita bercerita tentang Usop, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah keunikan  vokalnya dalam menyanyikan sesebuah lagu dan ditambah pula dengan cara nyanyiannya yang menyentuh perasaan. Saya yakin bakat yang dimiliki oleh Usop tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia. Saya harap peminat di luar sana akan memberikan sokongan padu terhadap Usop dan muzik yang di bawa.”

Single ‘Aku Yang Bersalah’ iniditerbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakalmenemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.Selain itu, muzik video rasmi ‘Aku Yang Bersalah’ juga akan mula berada disaluran YouTube Rocketfuel Network bermula pada 26 Oktober 2018.

Tajuk Lagu : AKU YANG BERSALAH
Composer: HAQIEM RUSLI & FAREEZ FAUZI
Lyricist : HAQIEM RUSLI & FAREEZ FAUZI
Publisher: FMC MUSIC PUBLISHING SDN BHD
 

Salahkah diri ini menyintai dirimu
Sepi diiringi rindu yg mengalir
 
Aku ingin engkau hadir
Di dalam keputusanku
Kau terus memekar
Bunga di hatiku
 
Benar,benar ku sayang padamu
Sungguh rindu mengisi jiwaku
Dingin angin berhembus
Menghembus luka dihatiku
 
 
Adakah aku yang bersalah
Di dalam percintaan ini
Kau telah berjanji
Untuk mencintai
Tapi kau dustai
 
Haruskah ku mengundur diri
Menatap  malam yang sunyi
Hatiku di mamah sepi
Ku rela kau pergi

Aku Tak Bersalah dari Usop

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Leave a Reply