Vitagen Digestive Health On-Wheels Sebagai Inisiatif Pendidikan

Vitagen

Vitagen Digestive Health On-Wheels Sebagai Inisiatif Pendidikan | Kita sering kali mengabaikan penjagaan kesihatan sistem penghadaman kita,maka VITAGEN telah mengambil langkah untuk berkongsi kepakaran danpengetahuannya secara langsung dengan rakyat Malaysia melalui inisiatifpendidikan barunya, VITAGEN DigestiveHealth On-Wheels.

Vitagen Digestive Health On-Wheels

Inisiatif pendidikan VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini memaparkan sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik – Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei – iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya.

Trak ini juga akan dikelolai oleh jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai.

Di 30 buah lokasi yang akan dikunjungi, orang ramai akan dapat menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada jururawat gastroenterologi, dan mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan.

Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, sampel produk dan promosi jualan.

Digestive Health On-Wheels

“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagi mendidik para pengguna melalui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkan mereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat. Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan,” kata Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.

“Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman berfungsi sebagai otak kedua kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa sistem penghadaman amat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan mengetahui cara menjaganya akan membantu menangani pelbagai masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN bertekad untuk menggalakkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” tambah Poh.

“Satu cara mudah untuk memperoleh sistem penghadaman sihat yang bolehmeningkatkan imuniti, kejelasan mental dan emosi adalah dengan mengambilprobiotik dalam bentuk Lactobacillus acidophilus and Lactobacillusparacasei setiap hari.”

Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti terletak dalam sistem penghadaman.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas. 

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil probiotik yang terkandung dalam VITAGEN, tubuh badan menghasilkan radang bahan kimia  yang lebih rendah. Ini membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Sebanyak 73% daripada responden yang mengalami sindrom usus rengsa (IBS) telah meraih manfaat meningkatkan imuniti.

Ini disebabkan oleh probiotik yang membantu tubuh badan menghasilkan bahan kimia keradangan yang lebih rendah, justeru mengurangkan keradangan sambil meningkatkan sistem imuniti yang lebih berkesan.

Berbilion kultur probiotik hidup yang terdapat dalam VITAGEN telah dirumus untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya. Apabila berada di dalam, kultur ini membantu penghadaman yang lebih baik dan sistem imuniti yang lebih kuat bagi menghasilkan sistem penghadaman yang lebih sihat, di samping meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit.

Sistem imuniti kita dibentuk untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob lain tanpa mengganggu tisu yang sihat. Sebanyak 70% daripada pertahanan imuniti kita terletak di dalam sistem penghadaman.

Kejelasan mental juga dipengaruhi oleh kesihatan sistem penghadaman. Ini adalah kerana ekosistem bakteria kompleks dalam badan yang dinamakan microbiome mengawal perasaan dan pemikiran dengan menyampaikan isyarat antara saluran penghadaman dan otak melalui saraf vagus.

Pelbagai kajian yang sedang dijalankan mendapati mikrofauna dalam usus memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keadaan fikiran kita. Ia juga penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman bagi menggalakkan kejelasan mental yang lebih baik.

Apabila kita berasa gembira, 95 peratus daripada Seratonin – bahan kimia yang menyumbang kepada kesihatan emosi,kesejahteraan dan kebahagiaan di antara lain – didapati dalam sistempenghadaman di mana probiotik di sana bertindak sebagai pengutus neuro untukmencetuskan emosi ‘perasaan gembira’.“Kami menantikan lebihbanyak penemuan yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman bahawa sistem penghadaman amat pentingdalam kesejahteraan secara keseluruhannya dan mengetahui cara menjaganya akanmembantu mengurangkan banyak masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistempenghadaman di Malaysia, VITAGEN akanterus mendidik dan mengingatkan orang ramai untuk menjaga sistempenghadaman mereka supaya dapatmenikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” kata Poh.

Leave a Reply