Vitagen Healthy Digestion Sempena WDHD 2018

Vitagen Healthy Digestion Logo

Vitagen Healthy Digestion Sempena WDHD 2018 |  Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 Program Kesihatan Penghadaman VITAGEN (VHDP) menyambut Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia (WDHD).  Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kesihatan penghadaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Pameran bergerak akan diadakan bersempena pelancaran WDHD 2017 di Main Atrium, Ground Floor, Pusat Membeli-Belah Sunway Velocity dari 28 Jun sehingga 1 Julai 2018.

Program Kesihatan Penghadaman VITAGEN (VHDP)

Sokongan Berterusan Oleh VITAGEN

Sejak 2008, VITAGEN Healthy Digestion Programme berterusan menyokong usaha mempromosikan kepentingan sistem penghadaman yang baik. VHDP turut bekerjasama dengan pakar kesihatan untuk menyediakan maklumat daripada pakar dan saringan kesihatan secara percuma kepada orang ramai. Ini membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan penghadaman dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Pakar Kesihatan yang terlibat untuk menjayakan sambutan WDHD termasuklah seperti Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM), Program Bulan Pemakanan Malaysia (NMM), Program Pengasuhan Positif (PP) dan Majlis Kanser Negara (MAKNA).

Vitagen Healthy Digestion Programme

Selaku peneraju pasaran selama 40 tahun, VITAGEN terus giat mempromosikan penjagaan sistem penghadaman melalui kempen kesedaran awam dan program-program di sekolah. Tambahan lagi, VITAGEN juga telah berkerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi menyokong kajian yang dijalankannya mengenai kaitan antara bakteria baik dan peningkatan kesihatan tubuh badan.

Mengekalkan Kesihatan Pengahadaman Yang Baik.

Tarikan utama program ini adalah pendedahan hasil kajian akhir bagi kajian yang dijalankan oleh PPUKM selama bertahun- tahun. Selain itu, Alat Saringan Kesihatan Penghadaman (DHAT), iaitu alat atas talian yang mesra pengguna juga boleh didapati orang ramai ketika program ini berlangsung. Ianya boleh digunaan untuk menilai kesihatan penghadaman anda. Tarikan lain termasuklah tayangan grafik mengenai kanser kolon. Tayangan tersebut memfokuskan kepada cara-cara yang mudah untuk melakukan saringan kesihatan penghadaman menerusi kit ujian najis (FOBT) dan kolonoskopi untuk menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan secara kerap. Kit ujian najis akan diberikan kepada orang ramai yang berumur 50 tahun dan ke atas. Kit ujian ini berfungsi untuk mengesan darah dalam sampel najis.

pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh ahli keluarga

Acara sepanjang empat hari ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh ahli keluarga dan ruang pameran yang menyediakan khidmat saringan kesihatan percuma, nasihat daripada pakar, demonstrasi kecergasan, permainan interaktif kesihatan pengahadaman, dan peraduan mewarna. Tarikan utama adalah Mural 3D Kesihatan Penghadaman Interaktif, di mana pelawat boleh berseronok mengambil gambar sambil mempelajari tentang sistem penghadaman di dalam badan.

pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh ahli keluarga 2

Berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang kesihatan penghadaman dan cara-cara untuk meningkatkan kesihatan penghadaman secara menyeluruh? Pastikan anda bawa keluarga anda untuk merasai pengalaman WDHD 2018 di Pusat Membeli Belah Sunway Velocity.

Leave a Reply