‘Secawan Tuah’ buat Warga Emas Rumah Charis di the Curve

Tarian Singa di the Curve

‘Secawan Tuah’ buat Warga Emas Rumah Charis di the Curve | Dalam semangat kekitaan, the Curve telah menjamu warga emas Rumah Charis dengan perayaan Tahun Baru Cina yang penuh keseronokan, keriangan dan hidangan yang lazat.

Warga Emas Rumah Charis

Warga emas yang merupakan tetamu kehormat pada hari itu dibawa ke pusat membeli-belah dan disambut mesra oleh Pihak Pengurusan the Curve. Kawasan Centre Court menyediakan aura yang tenang ketika para tetamu melangkah masuk ke sebuah taman oriental, yang dipenuhi pokok-pokok hiasan serta bunga sakura berwarna merah jambu. Menuju ke tarikan utama, sebuah Rumah Teh Cina berdiri megah, dihiasi indah dengan corak hiasan yang halus pada pintu utama serta tanglung-tanglung yang digantung. Warga emas tersebut kelihatan seronok dan senang hati sewaktu mengambil tempat duduk mereka sambil mendengar muzik Cina yang menenangkan sementara menunggu persembahan bermula.

Rumah Teh Cina

Keterujaan terselah di wajah mereka apabila muzikal, A Grand Tea House Musical bermula. Persembahan muzikal dengan koreografi akrobatik istimewa ini turut menampilkan persembahan penuang teh profesional, penari topeng yang berubah wajah serta penari balet yang anggun. Para penonton terpukau dengan penari balet yang berbakat serta penari yang menawan yang telah membuat persembahan di atas pentas dengan penuh elegen dan daya tarikan tersendiri.

Sebagai penutup persembahan, tarian singa akrobatik turut menggemparkan Centre Court dengan aksi yang hebat dan berani, sekaligus menambahkan keseronokan suasana perayaan buat semua!

Tarian Singa

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve, berkata “Antara aspek penting Tahun Baru Cina adalah memberi penghormatan kepada mereka yang lebih tua dan juga menyumbang kepada komuniti. Justeru, kami telah menjemput warga emas Rumah Charis untuk sambutan awal perayaan hari ini, yang juga merupakan tradisi tahunan kami di the Curve. Kami berharap sambutan ini menyeronokkan bagi mereka sepertimana yang kami rasai.”

Jazmi Kamarudin menyampaikan sumbangan kepada warga emas Rumah Charis

Hari yang penuh keriangan diteruskan lagi dan warga emas dipersembahkan dengan hadiah sempena Tahun Baru Cina, sebelum menuju ke Ah Tuan Ee untuk sesi makan tengah hari.

Pengunjung boleh berkunjung ke Rumah Teh Cina di the Curve hingga 6 Februari 2019. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan muzikal akrobatik yang akan berlangsung dua kali sehari pada hujung minggu dan cuti umum.

Para pengunjung turut berpeluang untuk menebus hadiah perayaan eksklusif sempena Tahun Baru Cina ini! Mereka yang berbelanja sebanyak RM388 dalam maksimum dua resit layak mendapat satu set Mugs of Prosperity. Sementara itu, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM188 dalam maksimum dua resit akan menerima sampul duit Tahun Baru Cina Fortune Packets, daripada the Curve. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Tahun Baru Cina the Curve, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebook di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply