Warna Warni Ramadan 1440h Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

WARNA WARNI RAMADAN BUFF

Warna Warni Ramadan 1440h Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam |  Tinggal kurang dari 40 hari saja lagi sebelum Ramadhan tiba dan Naz sudah menerima banyak jemputan untuk review bufet Ramadhan. Kali ini Naz nak kongsikan bufet Ramadhan dari Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA). Untuk tahun ini bufet Ramadhan di Grand BlueWave Hotel berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’ dengan tema Warna Warni Ramadan 1440H. Pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa disediakan oleh chef-chef hotel ini.

Warna Warni Ramadan 1440H

Sebaik sahaja anda memasuki lobi hotel ini, ia akan dipenuhi gerai berkonsepkan bazar yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri. Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.

hidangan utama
hidangan utama 2

Di gerai ‘grill and carving’, menempatkan hidangan yang biasanya menjadi buruan di bufet Ramadhan seperti kambing panggang, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.

Daging Bakar dan Ayam Bakar

Manakala bagi mereka yang memang kena makan masakan melayu, mereka boleh serbu ke gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana disediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah Mee Udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi.

Laksa Sarawak

Menu ‘Viral’ di media sosial seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa  turut disajikan di buffet ini.

Menu Viral

Selain dari hidangan makanan yang banyak, aneka pilihan minuman turut disediakan seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi untuk membasahi tekak yang kering.

Tidak lengkap hidangan jika tiada pemanis mulutnya. Dan GBWHSA memang terkenal dengan aneka pilihan pemanis mulut yang sedap-sedap. Antara yang akan anda boleh nikmati termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi.

bermacam jenis kek
Kuih Melayu

Buffet ‘Warna Warni Ramadan 1440H’ disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM 70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Viral Sales 2.0

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah.

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com.

Leave a Reply