Warung Kami Pengorbanan Seorang Ayah Demi Masa Depan Anaknya

Warung Kami PraTonton

Warung Kami Pengorbanan Seorang Ayah Demi Masa Depan Anaknya | Bangun seawal pagi ke pasar borong untuk mendapatkan bekalan mentah, kemudian balik ke rumah untuk menyiapkan anak ke sekolah. Dalam perjalanan singgah sebentar ke pasar membeli sayur-sayuran dan kemudian ke sekolah. Selepas itu ke warung untuk menyediakan juadah untuk jualan…. itulah pengorbanan seorang bapa yang terkejar-kejar dengan masa. Ini semua bagi memastikan kehidupan anak lelakinya mempunyai masa depan supaya tidak susah sepertinya.

Inilah filem berdurasi lapan minit yang diinspirasikan daripada perjalanan kisah hidupnya yang berdepan pelbagai dugaan. Filem pendek yang disiarkan menerusi saluran YouTube itu merupakan idea bersama Datuk Raymond Ho, Pengarah Urusan Sri Ternak Group of Companies, yang turut menjadi Penerbit Eksektif, Yap Khai Soon sebagai Penerbit dan Jermennn Yip sebagai Pengarah.

Poster Warung Kami, filem pendek dari Sri Ternak Group of Companies

Majlis pratonton filem pendek ini telah diadakan di mmCineplex, eCurve Mutiara Damansara pada 8 Ogos 2019 yang lalu. Sungguh meriah majlis pratonton ini yang dihadiri oleh para pembekal, para pelabur, pihak bank, rakan-rakan kongsi, warga kerja Sri Ternak Group of Companies, ST Rosyam Mart dan ramai lagi.

Kemudahan dan Kebahagian Bukan Milik Kita Seorang, Tetapi Milik Semua”

ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa telah dibuka pada 1 Jun 2018 dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pasaraya itu beroperasi selama 24 jam memang sentiasa penuh dengan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat. Menurut Datuk Rosyam, pihak pengurusan sudah mengenal pasti 3 lokasi berpotensi untuk pengembangan pasaraya ini yang terletak di Melaka, Bangi dan Shah Alam. In Shaa Allah, jika semua berjalan lancar pasaraya di Shah Alam akan 3 kali lebih besar dari yang ada sekarang ini dan membawakan konsep yang lebih menarik. Jika tiada aral melintang, pada bulan puasa 2019 akan mula beroperasi. Nantikan pengumumanya di laman facebook ST Rosyam Mart.

video kredit: YouTube ST Rosyam Mart

Foto sekitar majlis pratonton filem Warung Kami pada 8 Ogos 2019 yang lalu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *