Wiko Tommy3 Dengan Fungsi Kamera Menarik

Wiko Tommy3 Dengan Fungsi Kamera Menarik |  Wiko Tommy3 merupakan telefon asas yang terbaru dari siri Y dan yang pertama menggunakan skrin lebar dengan bingkai nipis nisbah 18:9. Didatangkan dalan badan yang kompak dan mempunyai paparan skrin IPS LCD pada saiz 5.45 inci, membolehkan anda mengengamnya dengan mudah dan muat di dalam poket. Dikuasakan dengan pemprosesan cip Mediatek 4 teras 1.3Ghz dan dilengkapi dengan kelajuan sambungan 4G LTE. Telefon pintar asas ini dijual pada harga RM329 dan untuk tawaran promosi sempena Ramadan anda akan menerima kotak hadiah yang mengandungi iRing, Headphone dan Selfie Stick (sementara stok masih ada).

Wiko Tommy3 - Promosi Ramadan

Spesifikasi Wiko Tommy3

Wiko Tommy3
Pemproses Cip Mediatek 4-Teras, 1.3 GHz, Cortex-A53
Sistem Operasi Android™ 7.1 (Nougat)
Skrin Paparan 5.45” IPS LCD, 480P+, nisbah 18:9
RAM 1GB
Storan (ROM) 16GB (menyokong kad mikroSD sehingga 128GB)
Saiz / Berat 148.8x72x9.1mm / 170gm
Bateri 2500 mAh Li-ion
Kamera Depan 5MP + Selfie Flash
Kamera Belakang 8MP
Warna Bleen, Cherry Red, Anthracite, Gold

Untuk data teknikal yang penuh, boleh rujuk di pautan ini >>> Wiko Tommy3 Technical Sheet 

Sebelum kita tengok fungsi-fungsi menarik Wiko Tommy3 ini, jom kita unbox dulu!

Fungsi Kamera Wiko Tommy3

Naz akan kongsikan antara fungsi-fungsi yang menarik pada peranti Tommy3 ini. Sebagai permulaan, kita ke bahagian kamera utamamya yang mempunyai 8MP berserta flash LED. Pada kamera utama ini, terdapat 7 penetapan iaitu Touch Shot, Self Timer, ASD, Shutter Sound, Camera Roll, Picture Size dan Anti-flicker,  yang boleh dilaraskan mengikut pilihan anda. Untuk penetapan mod nya pula, 7 pilihan seperti Beauty, Professional, Panorama, Night, QR Code, Time Lapse dan Potrait.

 

Perkara pertama yang Naz uji adalah mod Time Lapse perati ini yang mengambil kekerapan bingkai filem (kadar bingkai) jauh lebih rendah daripada yang digunakan untuk melihat urutan. Apabila dimainkan pada kelajuan biasa, masa kelihatan bergerak dengan lebih cepat. Untuk mode Time Lapse ini, peranti ini mempunyai 5 kadar bingkai iaitu x5, x10, x60, x180 dan x300. Apa yang dimaksudkan dengan x5? Untuk 5 saat rakaman ia bersamaan dengan 1 saat time-lapse dihasilkan; jika Naz merakam video berdurasi 1 minit 40 saat, ia bersamaan dengan 20 saat time-lapse yang dihasilkan. Naz telah membuat video time-lapse berdurasi 20 saat dengan menggunakan:

Selain dari itu, jika anda telah merakamkan apa-apa video anda boleh terus mengeditnya pada video tersebut secara langsung dari peranti ini. Anda yang perlu mainkan video tersebut dan pada bahagian belah kanan terdapat 3 ikon iaitu gunting (untuk suntingan), kunci mangga (untuk mengunci video itu) dan gambar (untuk mengambil still photo dari video tersebut).

Video-Wiko Tommy3

Naz juga mencuba fungsi zooming nya yang agak bagus untuk peranti asas seperti Wiko Tommy3 ini. Ia tidak lah memberikan perincian foto sehebat peranti flagship, tetapi kira ok la dengan 8MP ini. Foto ini Naz ambil di tingkat Ballroom Hotel Hilton Kuala Lumpur mengadap Jalan Travers. Ini merupakan bangunan kediaman Balai Polis Jalan Travers. Inilah hasil 4 jenis zooming yang Naz ambil ketika jam 10 pagi di waktu terang dari dalam bangunan.

Zoom X1 X2.0

Zoom x3 X4

Naz masih menguji beberapa fungsi kamera dan akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa untuk menambah foto-foto yang di ambil menggunakan kamera Wiko Tommy3 ini.

Foto dengan fungsi HDR (High Dynamic Range)

Still Photo - HDR

Foto tanpa fungsi HDR (High Dynamic Range)

Still Photo - No HDR

[ akan dikemaskini dengan foto yang bakal diambil ]

Apa yang Naz boleh simpulkan untuk Wiko Tommy3 ini, walaupun ia merupakan peranti asas (basic) tetapi  mempunyai fungsi kamera yang bagus dan harga peranti ini pun sungguh kompetitif dan mampu milik. Sesuai sangatlah untuk dijadikan telefon pintar nombor 2 anda  atau untuk dihadiahkan untuk kegunaan ayah/ibu/anak-anak bagi tujuan penggunaan asas sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Wiko Tommy3 yang berharga bajet ini, boleh ikuti keterangan lanjut di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *