Wiko Tommy3 Dengan Skrin Lebar

Tommy3-04

Wiko Tommy3 Dengan Skrin Lebar |  Lagi cerita Wiko…. pada Mobile World Congress 2018 selain Wiko View2 diperkenalkan, Tommy3 juga telah dipamerkan dengan ciri-ciri yang baru. Siri Y iaitu Wiko Tommy3 adalah telefon pintar asas yang telah dinaik-taraf dengan pelbagai ciri-ciri dan fungsi-fungsi menarik. Dengan skrin lebar ultra boleh diakses dalam peranti padat, menggunakan format skrin lebar 18:9 dan 5.45″ paparan IPS yang mesra poket dan mudah untuk kegunaan satu tangan. Ia juga lebih lancar dengan pemproses Quad-Core 1.30GHz dan kelajuan 4G untuk prestasi pantas berbilang aplikasi.

 

Wiko Tommy3

Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Tommy3 kepada generasi muda Malaysia, peranti bergaya dari koleksi siri Y kami yang sangat mesra dengan penggunaan mudah satu tangan. Pengalaman ultra-lebar, ditambah dengan kelajuan 4G penuh membolehkan pengguna menikmati multitasking lancar pada peranti mereka dengan lebih banyak ruang. Ia adalah sahabat poket yang sempurna yang memberikan prestasi cemerlang dan pada harga yang berpatutan juga, kata En. Neo Lau, Pengarah Pembangunan Perniagaan Wiko Mobile Malaysia.

Spesifikasi Tommy3

Tommy3 spec

Paparan Lebar dan Kompak

Dengan skrin paparan 5.45″ dalam telefon pintar kompak dengan format skrin lebar 18:9 Mudah dipegang dan digunakan dengan satu tangan dan sangat muat untuk dimasukkan ke dalam poket.

Sangat Lancar

Tonton filem, berbual dengan rakan, melayari laman web dan banyak lagi! Dengan kelajuan 4G dan dikuasakan oleh pemproses Quad-Core Qualcomm® 1.3Ghz, sesuai untuk multitasking sepanjang hari. Storan dalaman 16GB dan boleh ditambah sehingga 128GB melalui kad SD.

Foto dan Efek Menarik

Kongsikan foto-foto hebat di rangkaian media sosial anda dengan mengambil gambar menggunakan kamera belakang 8MP dengan flash LED dan Auto-HDR. Ber selfies dengan kamera depan 5MP, lengkap dengan Flash Hiasi foto anda dengan fungsi Face Beauty dan Live Filters untuk mencantikkan lagi foto yang ingin dikongsi. Dan menangkap gerakan yang dipercepatkan adalah cekap dengan Time Lapse, penyelesaian yang sempurna untuk tangan goyah apabila merapatkan detik-detik penting.

Pengalaman

Dapatkan pengalaman lebih bijak dengan AndroidTM Nougat untuk penggunaan 2 aplikasi dalam mod skrin terbahagi. Bersama-sama dengan Interface Pengguna Wiko yang disesuaikan, ia termasuk Tips dan Widget Bateri untuk menguruskan penggunaan bateri anda. Tommy3 datang dalam 4 warna bergaya dengan kemasan metalik. Pilih gaya anda dari kalangan Anthracite, Emas, Bleen dan Cherry Red.

warna Tommy3

Ketersediaan

Tommy3 berharga RM329 (termasuk GST) dan anda akan dapat membelinya bermula 5 Mac 2018 di semua cawangan sah di Semenanjung dan Malaysia Timur. Ia datang dengan waranti 1 tahun standard dan sebagai bonus tambahan, jaminan gantian 120 hari juga, sah dari tarikh pembelian.

Leave a Reply