Wiko Y60 Lebih Laju, Lebih Besar, Harga Berpatutan

Wiko_Y60_Gradient-Bleen_Compo-02 (1)

Wiko Y60 Lebih Laju, Lebih Besar, Harga Berpatutan | Haaa dah lama Naz tak share perkembangan terkini dari Wiko Malaysia…. terbaru Wiko memperkenalkan satu model dari keluarga siri-Y mereka yang dikenali dengan Y60. Untuk model Y60 ini ia dilengkapi fungsi 4G sepenuhnya untuk kelajuan melayari internet dengan lancar, paparan 5.45 inci dengan format skrin lebar dengan bezel nipis 18:9 dan kapasiti memori 16GB ROM serta sambungan sehingga 128GB pada kad mikro SD untuk menyimpan lebih daripada 3000 trek muzik , 6000 foto dan 80 aplikasi*.

Spesifikasi Y60

Sistem Operasi :  Android™ 9.0 Pie (GO Edition)
Prosesor :  Quad-Core 1.3 GHz, Cortex-A53
Paparan :  5.45” Full Lamination 2.5D Glass
RAM / ROM :  1GB / 16GB (storan luar kad microSD sehingga 128GB)
Saiz / Berat :  146.9 x 71.8 x 9.3 mm / 177.7 gm
Kamera :  Utama 5 Megapixels,  Depan 5 Megapixels

Terdapat dalam 3 warna iaitu kecerunan warna biru gelap, kecerunan warna hitam atau emas. Telefon pintar Wiko Y60 ini didatangkan dengan waranti standard 1 tahun dan sebagai bonus tambahan, waranti pertukaran 1-dengan-1 dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembelian (tertakluk kepada terma dan syarat).

Dengan semua ciri-ciri hebat untuk telefon pintar untuk entry-level ini, ia diletakkan pada harga yang kompetitif iaitu RRP RM 269. Wiko juga menawarkan Hadiah Percuma** dengan setiap pembelian Y60.

Y60 dengan hadiah percuma

*(Angka berdasarkan saiz fail purata) dengan edisi AndroidTM PieTM terkini (Go edisi).

** Masa terhad sehingga 21 Mei 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *