Yung Raja Lancarkan Single Serta Video Muzik bertajuk ‘Mad Blessings’

MAD BLESSINGS-SPOTIFY 3000X3000 (1)

Yung Raja Lancarkan Single Serta Video Muzik bertajuk ‘Mad Blessings’ | “Mama said shine on them all”. Yung Raja kembali dengan sebuah single berserta video muzik yang ceria bertajuk, “Mad Blessings”! Ini merupakan keluaran pertama artis kelahiran Singapura ini di bawah kerjasama antara MADEYOUFAMOUS dan gergasi hip-hop serantau Def Jam Asia Tenggara.

Melalui lagu terbarunya, Yung Raja berjaya mengingatkan para pendengar mengapa dia bukan sahaja salah satu nama besar dalam dunia hip hop Asia Tenggara tetapi juga seorang ‘duta’ yang berpotensi besar dalam masa depan hip hop yang berbilang budaya.

Menampilkan persembahan dalam Bahasa Inggeris dan Tamil, lagu ini merupakan satu perayaan warisan serta identiti yang megah dan lantang. Dalam hip hop anda tidak boleh lupakan asal usul malah  anda juga  mewakili tempat asal anda. Itulah sebabnya ‘Mad Blessings’, terbitan penerbit tersohor Singapura flightsch, menjadi satu penghargaan bukan sahaja buat rintangan yang dihadapi oleh Raja, malah juga buat segala rintangan yang telah dilalui oleh nenek moyang yang bersusah-payah mengukuhkan identiti kami sebagai warga Asia Tenggara.

Yung Raja menampilkan Mad Blessings

Tarikan umum ‘Mad Blessings’ sudah tentulah persembahan penuh karismatik Raja yang menggabungkan pendedahan peribadi beliau yang sangat mendalam berserta beberapa ‘punchline’ istimewa yang mampu mencuri perhatian. Di antara titik pertemuan Bahasa Inggeris dan Tamil, kata-kata Raja menjadi saksi terhadap, kebangkitan diri sehingga kepercayaan terhadap diri sendiri dalam membantu merealisasikan impian-impian hidup.

Mad Blessings merupakan satu perayaan yang mencerminkan keindahan kehidupan dan bagaimana semuanya terjadi mengikut takdir. “Melalui Mad Blessings saya benar-benar ingin memberikan semua orang sedikit gambaran tentang rasa syukur atas apa yang saya perolehi sepanjang hidup ini – pengalaman baik dan buruk. Saya harap lagu ini dapat menyuluhkan sedikit cahaya buat para pendengar, apatah lagi di saat kita sedang menjalani kehidupan di mana ramai orang mengambil mudah semua perkara”, itulah pendapat Raja tentang mahakarya ini. Di dalam klip video Jasper Tan dari Vadbibes, kegembiraan, penghargaan serta karisma (sudah tentu) dapat dirasai. Di sebalik babak-babak berwarna-warni dengan ibubapanya sendiri, Raja menunjukkan betapa bersyukurnya dirinya kerana berada di titik sekarang dalam kehidupan.

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogankata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

Tentang Yung Raja

Yung Raja merupakan bintang kelahiran Singapura yang berhasil meraih banyak kejayaan sebagai penyanyi rap, pencipta lagu dan juga pelakon. Sejak kemunculannya sebagai penyanyi rap, Raja telah digelar artis hip hop dwibahasa avant-garde kerana berjaya menggabungkan Bahasa Inggeris dan Tamil dengan penuh jaya.

Raja menemui kejayaan tular di Malaysia dan Singapura berikutan pelancaran lagu pertamanya Mustafa. Terkenal kerana kefasihannya menyanyi rap dalam bahasa Inggeris dan Tamil, Raja terus bersemuka dengan industri seni lewat rujukan budaya serta penyampaiannya dalam dwibahasa.

Lahir dan dibesarkan di Singapura, Raja bercita-cita untuk mengubah pandangan masyarakat di dalam dan luar Singapura, memberi inspirasi kepada generasi baru penggerak budaya dan menaikkan tahap hip hop Asia Tenggara ke aras bertaraf dunia lewat muziknya.

Tentang MADEYOUFAMOUS

MADEYOUFAMOUS merupakan sebuah butik A&R berpusat di Singapura. Mewakili ajnas portfolio artis, MADEYOUFAMOUS bertujuan mewarnai penghubung di antara muzik dan budaya di Asia.

Tentang Def Jam Recordings:

Ditubuhkan pada 1984, Def Jam Recordings bermula sebagai label indie yang terinspirasi oleh budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop. Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan yang sukar ditandingi Kanye West.

Kini dalam dekad keempat, muzik dan gaya hidup Def Jam telah berkembang menjadi sebuah jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – merangkumi  aneka bakat hebat seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko.

Dengan perlancaran Def Jam South East Asia, Def Jam telah membuktikan kesungguhan dan komitmen terhadap budaya hip-hop, dan memperluaskan jenama globalnya ke pasaran Asia Tenggara.

#YungRaja #MadBlessings #DefJamSouthEastAsia

Leave a Reply