Tanggal 14 Disember 2013 bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Center (MIECC), Seri Kembangan Selangor akan berlangsung satu himpunan blogger-blogger Malaysia yang diberi nama “blogrrr: Blogger Most Wanted 2013“. Acara ini bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis blog di Malaysia sebagai wakil suara Malaysia di alam maya dengan kecanggihan teknologi informasi terkini.
Terdapat berbagai aktiviti-aktiviti menarik di MIECC seperti sesi bertemu blogger kegemaran anda, mini seminar, pameran produk dan servis, dan bermacam-macam lagi. Tak ketinggalan perhimpunan ini juga adalah cubaan untuk memasuki “Malaysia Book of Records” dengan rekod perhimpunan blogger terbesar.
Acara ini juga akan menampilkan selebriti-selebriti seperti Ally Iskandar, Iqram Dinzly, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Aman Firdaus, Nisa Kay, Selina Wing, Sean Razak dan ramai lagi.
Terdapat 11 kategori yang dipertandingkan seperti berikut:
Blogshop Terbaik (untuk blog jualan online)
Blog IT & Gajet Terbaik
Blog Seni & Fotografi Terbaik
Blog Hiburan Terbaik
Blog Makanan & Pelancongan Terbaik
Blog Sukan Terbaik
Blog Fesyen dan Kecantikan Terbaik
Blog Keluarga dan Kesihatan Terbaik
Blog Peribadi Terbaik
Blog Automotif Terbaik
Best of Disability Blog

Yang menariknya, ada kenalan-kenalan naz yang telah dicalonkan untuk kategori-kategori di atas. Naz mengucapkan tahniah dan semoga beroleh kemenangan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web blogrrr atau facebok blogrr
