Memahami Faktor Pendorong Harga Hartanah Di Malaysia | Apabila anda berfikir tentang kemampuan untuk mendapatkan sebidang hartanah, jelas sekali terdapat beberapa faktor yang mesti dipertimbangkan. Jikalau harga rumah hanya berdasarkan kos bahan-bahan bangunan untuk membuatnya, maka setiap rumah akan mempunyai harga yang hampir sama dan tidak akan ada berlaku spekulasi hartanah. Oleh itu, kerana anda tahu beberapa perkara yang menjadi penentu harga hartanah tersebut, maka anda perlu sedar antara faktor utama yang menjadi penentu harga bagi new launched condominium in Malaysia dan mungkin juga di mana-mana tempat lain di dunia. Anda harus ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut supaya anda lebih bersedia untuk pembelian hartanah seterusnya dengan melihat kepada faktor-faktor khusus penentu harga hartanah tersebut.

Sekolah
Menurut Bigger Pockets, sekolah bukan sahaja mempengaruhi harga hartanah tersebut, tetapi ia juga boleh menjadi antara salah satu pengaruh kuat. Terdapat persamaan dengan kategori ini dan ia adalah penting kerana anda ingin tahu bukan sahaja apa yang akan meningkatkan nilai hartanah tersebut, tetapi apa yang akan meningkatkan nilai hartanah tersebut untuk kebanyakan orang. Perkara seperti sebuah kolam, ia tidak menambah sebanyak nilai kerana hanya segelintir sahaja yang akan menyukainya, orang lain akan melihat ia sebagai liabiliti atau kerja tambahan untuk sentiasa di jaga. Jika sebuah sekolah, ia adalah sesuatu yang semua orang menghendakinya.

Sebab-sebab mengapa sekolah boleh memberi kesan yang banyak terhadap harga sebenarnya agak mudah untuk difahami. Hampir setiap keluarga mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka. Apabila ibu bapa mencari sebuah sekolah yang baik, ia bermakna bahawa sekolah tersebut adalah sebuah sekolah tumpuan kebanyakkan orang. Ia juga bermakna bahawa guru dan pentadbir dibayar agak baik, dan secara langsung bermakna pembayar cukai di kawasan tersebut mempunyai tahap pendapatan tertentu dan mampu membayar cukai majlis perbandaran tersebut. Ia juga bermakna bahawa ramai orang telah melihat sekolah tersebut di persekitaran yang baik dan telah berpindah ke kawasan itu untuk meneruskan pendidikan anak-anak mereka di kawasan yang bagus. Kejayaan sekolah terus menarik minat orang lain dari luar, dan menjadi faktor pendorong kenaikan nilai hartanah tersebut.
Kadar Jenayah
Kadar jenayah di kawasan tersebut pada dasarnya akan bertentangan dengan contoh sekolah di atas tadi. Tiada siapa yang mahu tinggal di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi, sama ada mereka akan bergantung kepada pihak polis atau membayar pihak berkuasa lain untuk membenteras jenayah tersebut, atau mereka berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Setiap kali penduduk berpindah keluar bermakna wang tabungan awam akan berkurangan untuk membiayai penguatkuasa tambahan, dan ini akan meningkatkan kadar jenayah di kawasan tersebut dan nilai hartanah akan mula menurun.

Pada sebaliknya, jika anda boleh mengurangkan kadar jenayah maka pasukan polis tempatan dapat menyiasat sepenuhnya dengan terperinci dan mereka tidak akan kelam kabut apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Pendek kata, tempat yang kadar jenayahnya rendah, orang akan berasa lebih selamat dan nilai hartanah akan tinggi. Apabila anda sedang mencari hartanah dan dalam mencari belian yang terbaik dengan PropertyGuru Malaysia, anda perlu peka dengan statistik jenayah umum di kawasan tersebut atau anda mungkin akan terbeli hartanah di kawasan yang merbahaya dan akan menjadi mahal jika anda cuba untuk menjualnya semula dan ia kehilangan nilai.
Topografi Tanah
Plot tanah itu sendiri yang anda beli akan memberi kesan yang besar ke atas nilai harga pasaran. Dari satu sudut, anda boleh mempunyai plot tanah yang indah di kawasan kejiranan yang paling teruk atau berada jauh dari kemudahan kemodenan, tetapi jika anda mempunyai privasi dan plot tersebut dibentuk dengan cara yang mana anda benar-benar menggunakan segala-galanya sepenuhnya termasuk pandangan dan pemandangan sekitarnya, maka hartanah tersebut mungkin akan melambung tinggi dari segi kemahalan harganya.

Sementara itu, jika anda mempunyai plot tanah yang teruk tetapi ia berada di kawasan yang baik maka anda mungkin terpaksa membayar lebih daripada apa yang anda selesa dengan hanya untuk berada di kawasan yang dikenali sebagai baik. Kuncinya mengingati apa yang penting kepada anda, tetapi cuba elakkan topografi seperti terletak di atas bukit, lot bidang tanah dipotong pelik dan anda tidak boleh menggunakan sepenuhnya tanah itu, atau menjadi batas bersebelahan set landasan kereta api atau di bawah laluan talian kuasa. Semua perkara-perkara ini boleh menyebabkan pengurangan yang hebat pada nilai hartanah.
Kejiranan
Anda perlu berhati-hati apabila anda sedang mencari rumah kerana jiran sekitar pasti akan mempengaruhi nilai potensi harta anda. Anda mungkin tidak berfikir bahawa mereka akan mempunyai pengaruh yang tinggi, tetapi anda perlu ingat tanda-tanda dan kemungkinan yang akan dilakukan oleh mereka. Mempunyai kawasan tidak terurus dan penjagaan harta benda yang baik boleh menunjukkan bahawa masyarakat di situ tidak prihatin, dan ia juga boleh bermakna bahawa penjenayah dan pembuat kacau akan melihat kawasan sebagai sasaran mereka kerana tiada siapa yang akan mempedulikan apa yang berlaku dan mengambil berat.

Walaupun The New York Times telah melakukan satu penilaian harga rumah dan ia masuk akal terhadap apa yang mereka katakan mengenai nilai-nilai rumah yang terjejas akibat keadaan persekitaran dan jiran-jiran mereka adalah tepat. Lagipun, mengapa seseorang mahu membayar harga yang tinggi hanya untuk tinggal di sebelah rumah yang kacau-bilau, berurusan dengan jiran yang tidak ambil peduli, dan menjadi tempat pembiakan makhluk perosak. Hakikatnya, walaupun anda tidak suka bagaimana penilaian ini dilakukan, rumah anda akan diberikan nilai dan sebahagian dari pengiraan nilai tersebut adalah disebabkan oleh sifat-sifat persekitaran dan penjagaan am kejiranan secara keseluruhannya.
Lokasi
Ia tidak akan menjadi artikel yang benar mengenai hartanah jika anda tidak menyebut lokasi sebagai faktor penting. Pendek kata, masyarakat akan membayar wang untuk hidup di mana mereka mahu dan mereka sanggup membayar lebih lagi jika mereka boleh tinggal berdekatan dengan semua kemudahan dan perkhidmatan yang menyenangkan mereka. Anda boleh menjimatkan masa serta wang untuk berulang-alik setiap hari dan berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding jika anda membeli hartanah yang lebih murah tetapi begitu jauh dan menghabiskan kebanyakkan masa di atas jalanraya. Walau bagaimanapun, lokasi adalah salah satu ciri yang paling penting dan anda juga perlu tahu apa yang penting untuk anda secara peribadi supaya anda boleh menilai tawaran itu berbaloi atau tidak.

Apabila anda mengambil kira semua perkara-perkara ini terdapat sekurang-kurangnya beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda membeli. Jelas sekali anda perlu mengimbangi semua ini berdasarkan kepada keadaan unik anda dan juga bergantung kepada keperluan peribadi anda. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti selagi anda masih mencari tempat yang sempurna untuk dipanggil rumah idaman, anda perlu peka terhadap faktor-faktor ini terlebih dahulu. Ambil masa untuk mengkaji semula senarai ini ketika anda sedang membuat carian rumah dan anda akan membuat penilaian yang lebih baik secara keseluruhan nanti.