CJ WOW SHOP Serikan Ramadan Dan Hari Raya Dengan Produk WOW │ Rangkaian beli-belah inovatif menerusi pelbagai platform di rumah, CJ WOW SHOP, mengumumkan peraduan yang menawarkan hadiah terbesar setakat ini serta penambahan pelbagai produk baharu sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang cukup bermakna serta memeriahkan lagi suasana Aidilfitri anda. Kempen jualan “Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW” ini dianjurkan bagi meneruskan momentum kejayaan promosi sempena sambutan ulang tahun CJ WOW SHOP baru-baru ini.

CJ WOW SHOP dengan kerjasama jenama automotif terbesar di Malaysia, Proton, menawarkan empat buah ‘Kereta Raya WOW’. Menerusi peraduan ini, para pembeli berpeluang membawa pulang Proton Ertiga yang merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas, selesa dengan status cekap tenaga. Selain itu, sepuluh pelanggan bertuah lain akan menerima baucar membeli-belah CJ WOW SHOP bernilai RM500 setiap satu.
Bagi memberikan pelanggan lebih nilai, CJ WOW SHOP turut menambah pelbagai tawaran istimewa dan hadiah percuma dengan pembelian daripada rakan penjual tertentu sepanjang musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Encik Kim Yang Hyun berkata, “Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kami mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia kami yang sudah kami anggap seperti keluarga. Kami cukup teruja dapat melihat pelanggan kami pulang ke kampung halaman dengan kereta baharu bersama-sama keluarga tercinta.

“CJ WOW SHOP sentiasa menyusun strategi untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berpuas hati serta mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik. Selain daripada peraduan ini, kami akan terus memperkembangkan tawaran unik kami dengan membawakan produk yang mampu menjadikan hidup anda lebih wow sepanjang bulan Ramadan, Hari Raya dan di masa akan datang,” tambah Kim.
Menerusi kempen jualan ini, CJ WOW SHOP telah menambah lebih 30 barangan baharu bagi meluaskan lagi rangkaian produk sekaligus menjadi pusat yang memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan sempena musim perayaan ini. Koleksi unik ini menawarkan pelbagai produk Islamik yang bermutu tinggi, produk fesyen, peralatan rumah dan kediaman, perkakas dapur dan barangan kecantikan.


Sempena bulan yang mulia ini, pelanggan juga boleh membeli pelbagai produk di CJ WOW SHOP bagi memenuhi keperluan mereka sepanjang bulan Ramadan. Koleksi bulan Ramadan termasuk set Quran digital, barangan ibadah seperti telekung keluaran Ariani, Jannena dan Habibi Noura, serta sejadah Jakel.
Bagi menambahkan wow pada Hari Raya anda, CJ WOW SHOP juga telah menyediakan rangkaian produk menarik dari 13 Jun hingga 16 Julai 2017. Produk untuk musim perayaan ini dipilih khas untuk membolehkan para pembeli tampil bergaya sepanjang Hari Raya serta melengkapkan persiapan kediaman untuk menyambut tetamu sepanjang Aidilfitri. Selain daripada fesyen Muslimah yang cukup bergaya daripada Ariani, Habibi Noura dan De Salma, tawaran produk Raya turut merangkumi set kosmetik daripada jenama Ronasutra, Chriszen, SEP, dan V’Asia. CJ WOW SHOP juga menawarkan rangkaian aksesori premium keluaran RCB Polo Club, ICE-Watch dan Condotti pada harga yang berpatutan.



Menyedari persediaan makanan dan juadah sempena Ramadan dan Raya merupakan keutamaan pada musim perayaan ini, CJ WOW SHOP telah menambah rangkaian perkakas dapur bagi memudahkan lagi tugasan di rumah. Para pembeli boleh memilih pelbagai peralatan memasak serta perkakas membuat kek dan biskut daripada jenama yang terkenal seperti ELBA, ZUCCA, Cornell, Pensonic, Milux dan Little Homes.


En. Kim berkata, “Usaha memperluaskan rangkaian produk ini mencerminkan kepekaan kami terhadap kehendak pelanggan menerusi kajian pasaran yang dijalankan sebelum ini. Kajian ini turut membantu menghalusi pendekatan dan penawaran kami untuk meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia.”
Peningkatan trend membeli belah di rumah
Seperti tahun sebelumnya, CJ WOW SHOP menjangkakan aktiviti membeli-belah dari rumah akan terus meningkat sepanjang Ramadan dan Hari Raya. Ini dapat dilihat menerusi trend rakyat Malaysia yang kini lebih selesa membeli-belah menerusi platform dalam talian dan aplikasi mudah alih. Kepelbagaian promosi istimewa turut menyumbang kepada peningkatan transaksi membeli-belah di rumah sempena perayaan ini.
“Kami yakin rangkaian produk inovatif serta hadiah menarik sempena bulan Ramadan dan Hari Raya ini dapat membantu meneruskan momentum positif bagi perniagaan kami. Sambutan hangat yang diterima menerusi promosi ulangtahun ‘Setahun Bersama WOW’ membuktikan kematangan dan kemajuan kegiatan membeli-belah dari rumah di Malaysia apabila semua produk yang ditawarkan sepanjang siaran langsung habis dijual selama lima jam berturut-turut,” jelas Encik Kim.
Hasil jualan sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya merupakan faktor penting yang menyumbang ke arah matlamat CJ WOW SHOP pada akhir tahun ini untuk mencatat peningkatan dua kali ganda perolehan yang dicapai tahun lepas. Barangan fesyen dan peralatan dapur merupakan kategori paling popular sepanjang tempoh ini, diikuti dengan peralatan isi rumah dan produk kecantikan.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk baharu sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, pelanggan boleh mengikuti siaran demonstrasi CJ WOW SHOP menerusi saluran TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Produk-produk ini boleh dibeli menerusi pelbagai platform termasuk:
- Talian bebas tol 1-800-18-0808
- Laman e-perniagaan cjwowshop.com.my
- Aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun menerusi Google Play (Android) atau App Store (iOS)
Peraduan Raya CJ WOW SHOP
Untuk menyertai peraduan ini, para pelanggan perlu membuat dua pembelian atau lebih dengan jumlah pembelian sebanyak RM200 ke atas sepanjang tempoh promosi Ramadan yang bermula dari 15 Mei hingga 11 Jun 2017 manakala promosi Hari Raya pula bermula dari 13 Jun hingga 16 Julai 2017.

Untuk setiap penyertaan bagi promosi Ramadan ini, anda perlu memuat naik gambar produk yang dibeli dengan caption (keterangan) menarik di laman sosial Facebook atau Instragram anda dan pastikan anda hashtag #SerikanRamadanBersamaWow dan #KeretaRayaWow. Pemenang akan dipilih menerusi jumlah like tertinggi dan caption paling kreatif. Syarat peraduan bagi promosi Hari Raya akan dimaklumkan kemudian.
Program Siaran CJ WOW SHOP
| 1. TV3 | Setiap Isnin – Ahad | 0500 – 0700 (120min) |
| 2. ntv7 | Setiap Isnin – Ahad
Setiap Ahad – Isnin Setiap Selasa – Jumaat Setiap Ahad |
0600 – 1300 (420min)
0100 – 0200 (60min) 0130 – 0230 (60min) 1330 – 1430 (60min) |
| 3. 8TV | Setiap Isnin – Ahad | 0600 – 0900 (180min) |
| 4. TV9 | Setiap Isnin – Ahad
Setiap Sabtu –Khamis Setiap Jumaat |
1000 – 1200 (120min)
1230 – 1600 (210min) 0030 – 0130 (60min) 0100 – 0200 (60min) |
Mengenai CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah inovatif menerusi pelbagai platform di rumah termasuk televisyen, platform dalam talian dan aplikasi mudah alih. Rangkaian beli-belah ini membawakan suatu pengalaman unik yang serba visual, interaktif dan imersif kepada seluruh rakyat Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat sentiasa mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkaya gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang terulung di Malaysia, kami mengambil kepentingan pengguna sebagai tumpuan utama dan memberikan kemudahan membeli-belah yang selesa sama ada di rumah ataupun di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi perkhidmatan membeli-belah di rumah menerusi gabungan kekuatan dan kepakaran hasil kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, iaitu Media Prima Berhad dengan CJ O Shopping Co. Ltd. yang merupakan syarikat Korea Selatan terkemuka di dunia dalam bidang membeli-belah di rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my