Resepi Nasi Ayam Hainan Kimball

Resepi Ramadan - Nasi Ayam Hainan Kimball

Resepi Nasi Ayam Hainan Kimball │  Pada blog post yang lalu, Naz ada kongsikan tentang  Kimball Menawarkan Resepi Hidangan Sahur yang Mudah. Naz akan kongsikan 5 resepi dari Kimball untuk hidangan sahur. Naz mulakan dengan resepi Nasi Ayam Hainan Kimball.

KIMBALL_One-PotHainaneseChickenRice
Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang mudah disediakan untuk Sahur pasti menjadi kegemaran keluarga.

Ini merupakan resepi mudah yang dihasilkan oleh Chef Rohani kerana beliau memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya. Resepi-resepi ini sungguh mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya. Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur.

Resepi Nasi Ayam Hainan Kimball

Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

½ ekor ayam, potong enamKimball-sos-tiram1
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar jus halia
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sm halia, dihiris nipis
600 ml stok ayam
2 helai daun pandan, disimpulkan

Untuk hiasan:

1 tangkai daun bawang, dihiris nipisSos Cili Bawang Putih Kimball1
1 biji timun, dihiris
2 sudu besar sos caramel pekat
¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

Cara memasak:

  1. Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.
  3. Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.
  4. Gembur nasi dan hidang. Hias dengan hirisan timun dan daun bawang. Percik Sos Karamel di atasnya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.

Ok, nantikan 4 lagi resepi berikutnya yang akan Naz kongsikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *