Resepi Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball │ Ada yang dah cuba resepi Nasi Ayam Hainan Kimball yang Naz kongsikan semalam? Pagi ini, Naz akan kongsikan pula resepi ke-2 iaitu pasta dengan sos ayam cendawan. Bagi yang kurang berselera untuk makan nasi di waktu sahur, inilah alternatif buat anda.

SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Bahan-bahan:
Untuk Sos Ayam Cendawan:
2 cawan stok ayam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal
Untuk Adunan Angel Hair Kimball:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm
Cara memasak:
- Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.
- Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.
- Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak.
- Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.
Nantikan menu ke-3 dan selamat mencuba….