Kau Yang Satu Memaparkan Keikhlasan Cinta │ Terhutang Budi, Pengorbanan, Kasih Sayang, Cinta, Dendam, Kekeluargaan, Kesetiaan, Kepercayaan & Keikhlasan merupakan mesej yang terkandung dalam filem Kau Yang Satu (KYS) arahan Osman Ali. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw, Global Station dan Nuansa Filem.
Filem ini diadaptasikan dari novel Nia Azalea membariskan para pelakon Aaron Aziz (Taufiq), Izara Aisyah (Salina), Hisham Hamid (Zul) dan Dr. Soo Wincci (Isabella) sebagai watak utama. Cerita ini sudah dirakamkan 2 tahun lalu dan lokasi pengambaraan di sekitar Pahang, Selangor dan New Zealand.
Filem ini bakal ditayangkan diseluruh Malaysia pada 27 Julai ini, kurang lebih seminggu sahaja lagi. Naz tak nak jadi spoiler sebelum cerita ini ditayangkan secara umum tapi Naz akan kongsikan trivia dan sinopsis filem ini…
Trivia Kau Yang Satu
- Pengambaran filem menjalani 3 hari pada tahun 2015.
- Lagu tema filem bertajuk ‘Kau Yang Satu’ dan dinyanyikan oleh Indah Ruhaila.
- Ini adalah gandingan pertama Aaron Aziz dan Izara Aisyah di layar perak.
- Dr. Soo Wincci pertama kali membawa watak antagonis di layar perak.
- Novel Kau Yang Satu merupakan terbitan Alaf 21 dan diterbitkan pada tahun 2003.
Sinopsis Kau Yang Satu
Dato’ Mustaza hampir lemas semasa keluar memancing si Laut Cina Selatan. Dia diselamatkan oleh Sulaiman, seorang nelayan. Di rumah Sulaiman, Dato’ Mustaza terpaku melihat kecantikan dan kesopanan anak Sulaiman, Salina. Pulang ke rumah, Dato’ Mustaza berbincang dengan isterinya untuk menjodohkan Salina dengan anak lelakinya yang bermasalah, Taufiq. Taufiq tidak bersetuju kerana dia sudah ada teman wanita, Isabella yang bukan beragama Islam. Taufiq tiada pilihan lain apabila Dato Mustaza memberikan kata dua untuknya.

Salina pula terpaksa melupakan buah hatinya di kampung, Zul, demi memenuhi permintaan ayahnya. Zul kemudian menyambung pelajarannya di menara gading. Setelah Taufiq mengahwini Salina, Salina telah didera secara mental sehinggakan beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Dalam pada itu, Taufiq sudah mula ada perasan rindu dan kasih terhadap isterinya, namun melindungi diri disebalik ego seorang lelaki. Zul telah tamat pengajian dan telah mendapat pekerjaan di syarikat milik Dato Mustaza. Konflik mula timbul apabila Taufiq mengetahui bahawa Zul merupakan bekas kekasih Salina.



Apa yang berlaku seterusnya….????
Kita nantikan tanggal 27 Julai ini untuk menyaksikan filem yang mungkin bakal box office lagi seperti filem Ombak Rindu sebelum ini.