Lagenda Rib 2 Raikan Sambutan 45 Tahun Tony Roma’s

Rib2_Pepsi BBQ

Lagenda Rib 2 Raikan Sambutan 45 Tahun Tony Roma’s │  Tahun ini Tony Roma’s (TR) meraikan ulangtahun mereka yang ke-45. Bila sebut Tony Roma’s perkara pertama yang Naz akan ingat ialah set tulang rusuk (ribs) mereka. Dan memeriahkan sambutan ini, Tony Roma’s menyajikan sajian istimewa mereka iaitu Lagenda ‘Rib 2’.

45th Anniversary Ribs 2 Menu

Pada Isnin lepas, Naz berpeluang membuat food review di Tony Roma’s eCurve untuk menikmati lagenda ‘Rib 2’ ini. Set menu terbaru ini telah bermula pada 24 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 17 September 2017. Para tetamu akan dapat menikmati dua tulang rusuk yang padat dengan daging lembu yang enak dengan pilihan empat (4) sos terbaru iaitu Pepsi BBQ, Smoky Apple BBQ, Sriracha BBQ atau Sweet Sarawak Black Pepper BBQ. Set ini juga didatangkan dengan dua pilihan hidangan sampingan seperti kentang goreng (french fries), kentang panggang (baked potato), kentang lenyek (loaded mashed potatoes), sayur-sayuran panggang (fire roasted vegetables), sayur campuran sejuk (cole slaw), kacang merah panggang (ranch style beans), jagung rebus (corn on cob) dan nasi. Tak lengkap set hidangan jika tiada minuman sekali maka minuman Pepsi tanpa had melengkapkan hidangan ini dengan harga RM45 sahaja!

Tony Roma's Food Review - Legendary Rib 2

Naz berpeluang merasa keempat-empat tulang rusuk (Rib 2) yang dibaluti dengan sos-sos ini… sos Pepsi BBQ ini adalah campuran minuman Pepsi dengan rempah ratus rahsia TR dan menghasilkan rasa kemanisan serta kemasaman (tangy). Jika memilih sos ini ia lebih baik dilengkapkan dengan kentang lenyek dan sayur brokoli.

Pepsi BBQ - Rib 2

Sos Smoky Apple BBQ ini dihasilkan dari epal hijau yang segar dan mempunyai kemasaman serta rasa wap asap (smoky). Ia elok dipadankan dengan sayur-sayuran panggang bersama kentang panggang untuk mendapatkan rasa yang seimbang.

Smoky Apple BBQ

Bagi yang inginkan rasa pedas, sos Sriracha BBQ harus menjadi pilihan anda. Ia bukanlah rasa pedas yang membara tetapi lebih kepada pedas manis ala sos Thai. Enak dipadankan dengan sayur campuran sejuk dan kacang merah panggang.

Sriracha BBQ

Sos terakhir ini ada identity Malaysia di mana menggunakan produk dari Sarawak, apa lagi kalau bukan lada hitam. Sos Sweet Sarawak Black Pepper BBQ ini ada kemanisan dan rasa lada hitam dihujungnya. Ia sedap jika dipadankan dengan kentang goreng dan jagung rebus. Bercerita tentang sos ini membuatkan Naz asyik menelan air liur aje…

Sweet Sarawak Black Pepper BBQ

Menurut George Ang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grand Companions Sdn. Bhd, pemegang francais Tony Roma Malaysia “sempena meraikan 45 tahun menjamu tulang rusuk terbaik di dunia kepada para tetamu, kami teruja untuk menawarkan menu istimewa ini dengan empat sos terbaru kepada pengemar tulang rusuk”.

“Menu Ribs 2 meraikan evolusi pengalaman citarasa Tony Roma selama bertahun-tahun dan merangkumi semangat inovatif seperti yang kita kenali sekarang, dengan kombinasi yang berani, seperti sos BBQ Pepsi,” kata George Ang.

Jadi pada pengemar tulang rusuk (ribs), jangan lepaskan peluang untuk merasakan set menu Rib 2 ini yang akan berakhir pada 17 September 2017 nanti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.tonyromas.com.my atau media sosial mereka www.facebook.com/TRMalaysia atau www.instagram.com/TRMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *