Belajar Mengadun Tetley Tea dari Tea Master Sebastian Michaelis │ Sebelum ini Naz dan berkongsi berkenaan Tetley Tea yang telah memasuki pasaran Malaysia. Dan pada 16 Ogos yang lalu, Naz berpeluang untuk menimba ilmu mengadun teh Tetley dari seorang pakar Tea Master iaitu Sebastian Michaelis.

Bertempat di Cocott’ Restaurant, Green Terrace TTDI, satu bengkel pengenalan dan mengadun teh Tetley telah diadakan buat para media. Di sini Naz telah mendapat peluang belajar ilmu dan tips berkenaan Tetley Tea dari Sebastian, seorang Tea Master yang mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun dalam bidang pengujian (testing), pengadunan (blending) dan perolehan (sourcing) Tetley Tea. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh En. Rajat Kumar, Ketua Global – Pembangunan Perniagaan, Tata Global Beverages.

Mengenal Teh Tetley dari Tea Master
Tetley Tea ini merupakan teh keluaran syarikat Britain yang ternama dan merupakan jenama teh ke-2 terbesar di dunia. Telah bertapak sejak 1837 dan mempunyai pengalaman 180 tahun dalam pengadun teh ini. Teh Tetley ini diperbuat dari daun teh yang muda dan mengambil hanya pucuknya pokok Camelia Sinensis. Daun-daun teh ini diperoleh dari 3 benua yang terkenal dengan penanaman pokok teh.

Berbalik kepada bengkel ini, Sebastian memulakan dengan memperkenalkan jenis-jenis teh yang dibeli oleh pihak Tetley untuk menghasilkan pelbagai jenis teh campuran keluaran Tetley Tea. Antara teh-teh tersebut diperolehi dari Indonesia, Assam, China, Ceylon, Kenya, Darjeeling dan Malawi. Setiap teh ini mempunyai rasa unik masing-masing.

Seorang Tea Master akan mengredkan teh tersebut melalui daun dan cecair yang dihasilkan oleh teh tersebut. Mereka akan memeriksa dan menilai ketumpatan daun, warna dan merekod bentuk dan saiz daun. Manakala cecairnya pula akan dinilai dari segi warna kilauan, kemudian dicampurkan dengan susu dinilai warna kemerahan sehingga kekuningan. Setelah itu proses merasai kekuatan teh tersebut dari segi ketumpatan dan zingnya. Proses ini menggunakan bahasa UHURU yang bermaksud kebebasan (freedom), iaitu pengklasifikasi teh melalui abjad dan nombor.

Fakta Menarik:
Tahukah anda, setiap Tea Master akan menguji dan merasai 40,000 cawan teh dalam seminggu.
Seorang Tea Master akan menguji cecair teh tersebut menggunakan sudu masing-masing. Ini bukan sebarang sudu, ia merupakan sudu khas yang diberikan kepada seorang Tea Master (siap sudu ada ukiran nama) setelah mendalami ilmu pengadunan teh yang memakan masa 5 tahun.


Cara Tea Master menguji cecair teh juga unik. Mereka akan menghirup (slurp) dengan kuat, merasai teh dalam mulut dan kemudian meludahkan keluar ke dalam bekas khas. Di sini kepakaran Tea Master menentukan karakter dan quality rasa teh tersebut untuk diadunkan menjadi rasa teh yang sempurna.

Seorang Tea Master harus menguji teh yang telah diperolehi dari ladang-ladang teh sehingga 8 kali, bermakna dari daun teh tersebut di petik, dikisar, dibakar, sebelum disimpan di gudang, sebelum dihantar ke kilang tetley, sebelum diadunkan sehinggalah sebelum dibungkus ke dalam uncang ia akan diuji oleh Tea Master untuk memastikan kualitinya kekal sama sesama ia diperoleh dari ladang-ladang teh tersebut. Begitu menitik beratkan kualiti serbuk teh dan rasa teh yang akan dihasilkan untuk pelanggan mereka.

Fakta Menarik:
Tahukah anda, Chamomile Tea adalah sejenis bunga yang dicampurkan dengan teh dan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan anda.
Setelah selesai sesi menguji rasa teh tersebut, kami diajar bagaimana cara yang terbaik menyediakan secawan teh.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan teh yang sempurna seperti:
- Bekas: Lagi nipis cawan atau mug yang digunakan lebih baik kerana ia membenarkan anda merasakan sepenuhnya perisa teh dengan setiap hirupan.
- Air: Gunakan air yang dimasak sekali sahaja. Air yang diulang masak akan kehilangan kadar kandungan oksigen dan akan memberi kesan kepada rasa teh tersebut.
- Bru Black Tea: Teh Hitam akan rasa terbaik bila menggunakan air yang betul-betul mendidih.
- Bru Green Tea: Setelah memasukkan air mendidih, elok biarkan Teh Hijau itu sejuk dalam 2 minit dahulu untuk mengelakkan anda merasa pahit.
- Susu: Pastikan susu hanya dicampurkan apabila teh telah betul-betul dibru.
- Masa: Biarkan uncang teh selama 2 minit didalam air panas untuk ia mengeluarkan warna dan rasa teh tersebut. Jangan ditekan/dipicit atau dibocorkan uncang tersebut.
- Suhu: Setelah teh dibru, biarkan selama 2 minit untuk ia sejuk sebelum diminum.
- Penyimpanan: Pastikan uncang teh disimpan didalam bekas kedap udara dan di tempat gelap.
Kemudian semua para media bertarung menghasilkan rasa teh yang terbaik untuk dinilai oleh Sebastian. Kami telah diberikan Black Tea, daun Basil, hirisan Halia muda, Strawberry, Lemon, Madu dan Susu.

Naz telah infusekan Black Tea dengan sedikit Halia dan Lemon untuk beberapa minit bagi mendapatkan rasa citrus di dalam teh tersebut. Kemudian mencampurkan sedikit madu dan meletak sehelai daun basil yang direnyukkan bagi menambah perisa. Tak sangka pula cobaan ini dipilih oleh Sebastian sebagai bancuhan yang terbaik antara yang terbaik pada petang tersebut. Hasilnya dapatlah Naz satu hamper produk Tetley Tea yang akan menjadi hidangan kami sekeluarga untuk dinikmati pada waktu pagi, petang dan malam selama setahun hehehehehe….


Terima kasih kepada Sambal Labs atas jemputan dan peluang ini untuk memahami dan mendalami sedikit ilmu berkenaan Tetley Tea dari seorang Tea Master yang sungguh ramah dan tak lokek ilmu. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan minum petang bersama Sebastian dan Rajat Kumar.