Perpustakaan P&G Malaysia Bersama Yayasan Kebajikan Budimas Dibuka Untuk Kanak-Kanak Orang Asli | Procter & Gamble Malaysia (P&G), dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Budimas (Budimas), telah membuka perpustakaan kanak-kanak, ‘P&G & Budimas Children’s Library’, yang akan menjadi pusat komuniti dan ruang pendidikan untuk 200 kanak-kanak daripada masyarakat Orang Asli Tanjung Sepat. Perpustakaan ini merupakan antara pencapaian utama P&G yang telah menganjurkan siri inisiatif berlandaskan masyarakat sepanjang tahun bersempena ulang tahun P&G yang ke-30.

Menerusi pembukaan perpustakaan ini, P&G dan Budimas ingin menyediakan ruang yang selesa dan kolaboratif untuk kanak-kanak memupuk tabiat suka membaca dan membuat ulangkaji pelajaran mereka dalam keadaan selesa. Kakitangan P&G telah menganjurkan kempen untuk mengutip dana dan buku. Mereka berjaya mengumpulkan lebih daripada RM80,000 dan 2,000 naskhah buku untuk disumbangkan kepada Budimas demi membangunkan pusat pendidikan P&G.
“Kami di P&G mementingkan tindakan yang boleh menyentuh dan memperbaiki kehidupan masyarakat menerusi tingkah laku yang penuh bermakna. Sempena ulang tahun ke-30 P&G di Malaysia, kami menandakan kejayaan ini dengan mempertingkatkan dan memperkasakan komuniti di sekeliling kita,” kata Ong Yuh Hwang, Pengarah Urusan P&G Malaysia, Singapura, Brunei dan Global Development Markets Asia di majlis perasmian ‘P&G Malaysia & Budimas Children’s Library’.

Yuh Hwang menambah, “Kerjasama kami dengan pihak Budimas sangat berinspirasi kerana kami berkongsi kepercayaan betapa pentingnya memupuk rasa ingin tahu, suka membaca serta kerjasama demi membesar para pemimpin masa depan. Kami telah bekerjasama sepanjang tahun untuk memastikan kami menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak agar dapat memenuhi keperluan pendidikan masyarakat. Perpustakaan kanak-kanak ini menandakan fasa pertama dalam perkongsian jangka panjang kami. P&G akan terus kembali untuk membantu para pelajar dengan pengajian mereka.”
Sebelum pembukaan ‘P&G & Budimas Children’s Library’, 40 kakitangan P&G telah mengunjung ke kampung Tanjung Sepat untuk menyusun perabot dan buku serta menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan hiasan kraftangan. Semasa majlis perasmian perpustakaan, kakitangan P&G menganjurkan aktiviti-aktiviti berpendidikan untuk kanak-kanak seperti bengkel tenunan tradisional serta projek seni dan kraf dan program pertukaran penanda buku.

“Kami amat berterima kasih atas kerjasama ini dengan P&G. Usaha mereka dalam mengumpulkan dana dan buku serta membina perpustakaan telah membantu kita merealisasikan Perpustakaan Kanak-Kanak Budimas Ke-7 yang telah dimulakan sejak tiga tahun lalu. Perpustakaan ini adalah sebahagian daripada matlamat Budimas untuk memberikan kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar bandar dan kawasan perumahan miskin di Malaysia,” mengucap Y.M Tunku Yahaya @ Yahya Bin Tunku Tan Sri Abdullah, Bendahari Yayasan Kebajikan Budimas. “Melalui usaha ini, kami berharap kami boleh membantu kanak-kanak di Kampung Orang Asli Tanjung Sepat menitikberat dan meneruskan pendidikan agar menjadi generasi yang celik pendidkan.
P&G selalu mengutamakan usaha kewarganegaraan dan telah memastikan komuniti di mana mereka beroperasi kekal kukuh dan berkembang maju. Pada tahun 2017, P&G melancarkan ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ dengan kerjasama Yayasan Bantuan Makanan sempena perayaan Hari Raya untuk menggalakkan rakyat Malaysia membantu meringankan beban ibu tunggal di seluruh negara menerusi sumbangan barang-barang tidak mudah rosak. Selain daripada bantuan untuk kanak-kanak Orang Asli dan ibu tunggal, P&G turut membantu mangsa banjir dan rakyat Malaysia yang tidak ada minuman air bersih menerusi inisiatif Air Minum Selamat Untuk Kanak-kanak melalui perkongsian jangka panjang mereka bersama Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan iM4U.