KAWD Sajikan Daging Premium Sedap Pada Harga Mampu Bayar | Sebelum ini ia dikenali dengan Burger Bakar Kaw Kaw dan Naz pernah buat review pada tahun 2014. Kali ini ia dikenali pula dengan KAWD (sebutan bunyi “CAUGHT”), restoran yang mengetengahkan makanan berkonsep Local Fusion, American Soul Food, BBQue, Asian Fusion, Texmex, Coffee & Dessert. Yang paling penting sekali restoran KAWD ini menyajikan sajian daging premium pada harga yang mampu bayar.

Yang ini bukan lah official review sebab Naz pergi atas pelawaan rakan yang nak belanja. Disebabkan merasakan sajian sedap, Naz ambil peluang ini untuk buat review terus. Apatah lagi dapat masuk sampai ke dapur untuk melihat sendiri teknik masakan “Sous Vide” yang digunakan oleh chef di sini. Apa bagusnya teknik masakan “Sous Vide” ini?
KAWD guna teknik Sous Vide
Sous Vide (disebut sue-veed) adalah teknik memasak yang menggunakan kawalan suhu yang tepat untuk menghasilkan keputusan kualiti yang konsisten dan bertaraf restoran mewah. Sous Vide, yang bermaksud “di bawah vakum” dalam bahasa Perancis, merujuk kepada proses makanan pengedap vakum dalam beg, kemudian masak ke suhu yang sangat tepat dalam rendaman air. Teknik ini menghasilkan keputusan yang mustahil untuk dicapai melalui kaedah memasak yang lain.

Restoran-restoran mewah telah menggunakan teknik masakan Sous Vide selama bertahun-tahun untuk memasak makanan ke tahap yang tepat yang diingini pelanggan, setiap masa. Kini KAWD membawakan pengalaman teknik masakan Sous Vide kepada anda. Anda banyak kelebihan dan kebaikan menggunakan teknik ni, tapi Naz tak nak berceloteh pasal tu. Yang pasti boleh dapatkan daging premium sedap di KAWD.





Berbalik kepada cerita makan… Dagingnya lembut seperti cair dalam mulut, memang sedap dan padu beb! Korang mesti cuba pengalaman ini di KAWD! Jangan risau pasal harga….mampu bayar. Rata-rata harga makanan di sini tak lebih dari RM50/set, daging premium bawah RM50 mana nak dapat kat KL nie lagi…..hanya di KAWD!

Kami telah memesan 8 hidangan untuk 5 orang, macam lapar bebenorkan. Jom lihat apa yang telah kami pesan…

Daging Striploin Steak ini boleh diminta untuk disediakan dalam medium raw semasa pesanan jika anda mahu. Jika tidak, ia akan dimasak sehingga well done. Disajikan bersama mashed potatoes, veggies dan blackpepper sauce. Portion daging agak besar dan memang daging dia lembut. Verdict: Recommended

Yang ini Triple B atau Braised Beef Brisket yang mengancam beb….ini kegemaran Naz! Juga disajikan dengan mashed potatoes, veggies dan super duper sauce (tak tau nama sos dia), tapi memang kombinasi yang diibaratkan bagai lagu dah irama… Sos ini hasil ciptaan mereka sendiri dan tak ada dijual dimana-mana. Nak beli bawa balik pun tak boleh! Betul-betul daging premium sedap. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Daging Ribs ni memang ohsem dan sangat lembut…. satu rib dihidangkan dengan mashed potatoes dan sos istimewa. Kalau tak cukup, boleh order lagi la. Verdit: Recommended!

Lamb Shank ini memang mengenyangkan. Daging lembut dengan sos sedap, boleh sampai menjilat jari la…. Verdit: Recommended!

Bagi yang bukan penggemar daging, ayam pun ada dihidangkan disini. Yang ini Peri-Peri Chicken yang sodap. Rasanya boleh jadi hidangan untuk orang diet. Daging ayam dimasak sempurna dan bersalut rempah dan herba rahsia. Sos dia pulak menambah lagi rasa kesedapan ayam itu. Nanti anda boleh bandingkan dengan jenama yang lagi satu tu…. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Creamy Cheese Chicken nie memang sedap dan berlemak. Berebut-rebut dengan gang ketika makan hari tu. Salah satu menu yang harus ada bila datang makan di sini beramai-ramai. Verdit: HIGHLY RECOMMENDED!

Pengemar burger anda pasti terhibur disini. Anda boleh tambah patty dan menjadikan ia seolah-olah tower burger anda. Anda juga boleh tambah topping dan sos pilihan anda. Yang biasa ni pun dah cukup sedap dinikmati. Verdit: Recommended!

Sambil-sambil menikmati live performance (setiap malam), makan nachos chillies ni memang layan der. Sos dia tu memang perrrgghhhh!
Ada banyak lagi tau menu di sini selain yang Naz share di atas ni, ada pasta, nasi goreng (kalau nak add-on patty pun boleh) dan hidangan snacks. Jadi tak ada isu tak tau nak makan apa…. order saja!
Ramai yang dah datang sini termasuklah selebriti Malaysia, antaranya….


Dan yang terbaru ni member ada share, salah satu gadis idaman Malaya pun datang makan di KAWD……..

Siap Naz repeat sekali lagi dengan family dan memang happy muka wife dan anak-anak bila dapat makan daging premium sedap!

Kalau nak ke KAWD ni, anda boleh saje google atau waze je KAWD Ampang Waterfront…
Info lanjut tentang KAWD:
FB: www.facebook.com/KAWDOfficial/
IG: www.instagram.com/kawdofficial/
Waktu Operasi:
5.00 petang – 12.00 tengah malam
Untuk Tempahan:
Hubungi 017-325 0244
Makan Cukup, Minum Cukup…. Hati BAHAGIA!!!!