CHARM Menghantar Team Malaysia Ke Tokyo

Go Team Malaysia

CHARM Menghantar Team Malaysia Ke Tokyo |  The Cheerleading Association and Register of Malaysia atau singkatannya CHARM, merupakan sebuah organisasi rasmi kebangsaan untuk pasukan sorak (cheerleading) di Malaysia. Objektif utama mereka adalah untuk mempromosikan cheerleading di kalangan anak-anak muda Malaysia melalui penubuhan pasukan cheerleading bagi mewakili Malaysia dalam pertandingan cheerleading antarabangsa.

Pasukan Cheerleading Malaysia
Pasukan Cheerleading Malaysia yang dianggotai oleh 24 remaja akan ke Tokyo…

Tahukah anda, cheerleading sudah diiktiraf sebagai satu sukan di Malaysia. Sukan ini membantu dalam mempromosikan kesepaduan, kerjasama dan dedikasi antara ahli pasukan yang secara langsung dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam cheerleading.

Sebagai salah satu usaha CHARM untuk mempromosikan sukan cheerleading ini di Malaysia, mereka telah membentuk satu pasukan cheerleaders iaitu Team Malaysia yang akan mewakili Malaysia ke Asian Cheerleading Championship 2017 (Open Coed Elite Division) di Komazawa Olympic Park Gymnasium, Tokyo Jepun yang akan berlangsung dari 21 – 22 Oktober 2017. Pertandingan ini dianjurkan oleh Asian Cheer Union, sebuah pertubuhan kesatuan cheerleading Asia.

 

Formasi yang pelbagai

CHARM All Stars, kini dikenali Team Malaysia, telah ditubuhkan dalam tahun 2003 dan telah membuat persembahan sulung mereka pada 29 Jun 2003 di CHEER 2003,  pertandingan cheerleading antara sekolah peringkat Kebangsaan. Sehingga kini pasukan Team Malaysia telah membuat persembahan di pelbagai acara terbuka dan tertutup termasuk persembahan pelancaran produk, acara amal dan juga cheerleading exhibitions. Pada Julai 2017, Team Malaysia ini telah membantu CHARM dalam menganjurkan Charm Cheerleading 2017, sebuah pertandingan tahunan. Mereka juga telah mengadakan klinik Cheer 2017.

Lihat sahaja aksi mereka semasa persembahan di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall, KL…

 

Pasukan ini diwakili oleh 24 ahli di mana terdiri dari 9 wanita dan 15 lelaki. Mereka telah melalui beberapa siri pemilihan intensif sebelum melayakkan diri mereka untuk menyertai Team Malaysia. Jurulatih dan Pengurus pasukan telah bertungkus lumus dalam melatih serta membuat koreografi untuk pertandingan yang akan datang nanti.

Sponsorship Sunway Velocity Mall

Sunway Velocity merupakan penyumbang utama kepada Team Malaysia yang membolehkan mereka menyertai Asian Cheerleading Championship 2017 di Jepun.

Go Go Go Team Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *