GSC Media Night Dengan Tayangan Justice League

GSC Media Night

GSC Media Night Dengan Tayangan Justice League |  Golden Screen Cinema (GSC) sekali lagi menganjkurkan “GSC Media Night 2017” kepada para media di Tropicana City Mall, Petaling Jaya. Acara tahunan ini adalah cara GSC mengucapkan terima kasih kepada media elektronik, media cetak, social media influencers dan bloggers atas sokongan terhadap GSC dalam menghebahkan filem-filem mereka dan acara-acara yang dijalankan sepanjang 2017. Tahun ini, GSC akan menjadi tuan rumah penyaringan khas salah satu blokbusters yang paling dinanti-nantikan dalam tahun ini, Justice League.

GSC Media Night 2017

Para media, rakan kongsi dan jemputan GSC telah disajikan terlebih dahulu dengan hidangan menarik sebelum acara GSC Media Night berlangsung. Inilah masanya para media dapat bersantai sambil bertemu rakan-rakan dan berborak-borak. Tengah-tangah berborak, tiba-tiba di pintu masuk kelihatan kelibat Rawlins “The Joker” dan Ruby “the Supermom”. Diaorang ni memang kalau ada Best Dress award musti tak akan melepaskan peluang untuk Dress Up! Kena plak duduk semeja dengan geng blogger kecoh, so terus rasa macam geng “Suicide Squad Bising” pulak jadinya.

The Joker

Super Mom

Dengan siap photobooth dan Superheroes seperti Superman, Batman, Flash, Wonder Woman dan Green Latern di sini, menjadikan lebih menarik untuk merakamkan gambar bersama mereka-mereka ini.

Photobooth GSC

Justice League Superheroes
Nasib baik bukan Gal Gadot kat sebelah…

Sebaik sahaja jam 8.00 malam, pintu dibuka dan kami semua masuk ke panggung. Acara dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif GCS, Ms. Koh Mei Lee mengalu-alukan kedatangan para media dan berterima kasih dengan segala sokongan dari kami. Menurut Ms. Koh, GSC telah membuka satu lagi pawagam mereka di Melawati Mall menjadikan ia lokasi ke 35 di Malaysia.

Ms Koh Mei Lee

GSC juaga akan berkembang ke luar Malaysia dan akan membuka pawagam mereka di Vietnam. Selain dari itu, GSC juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam industri hiburan, antaranya:

  • Gold Award (Entertainment CAtegory) in Putra Brand Awards 2016
  • Exhibitor of the Year Award at CineAsia 2016
  • Gold Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2015
  • Gold Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2014
  • Silver Award (Media & Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2013
  • Silver Award (Entertainment Category) in Putra Brand Awards 2012

Sempena Ulangtahun ke-30 GSC, penonton GSC berpeluang memenangi sebuah Nissan X-Trail 2.5. Mudah sahaja nak ambil bahagian, hanya beli tiket wayang dan tonton…lebih banyak anda beli tiket lebih tinggi peluang anda. Untuk maklumat lanjut, layari ticket2drive.gsc.com.my . Peraduan ini bermula 4 Oktober sehingga 31 Disember 2017.

Ticket2Drive_Promo

Acara diteruskan dengan En. Tung Yow Kong, Pengurus Besar GSCM, menceritakan filem-filem yang telah diatur untuk penonton setia GSC. Beberapa preview filem ditayangkan dan Naz tak leh nak kongsi tapi memang lengkap dari filem aksi, komedi, anime, cinta, kisah benar dan banyak lagi.

Mr. Tung Yow Kong

Dan tiba lah masa yand ditunggu-tunggu, cabutan bertuah untuk hadiah-hadiah seperti GoPro, Huawei P10, Apple TV, Sony PS4, Mi Band, Blueetooth speaker dan tiket wayang. Ternyata Naz tak sampai rezeki malam tu, tapi still happy sebab ada dalam geng “Suicide Squad Bising” yang menang iaitu Farish dari GalaksiMedia.

Dan seperti yang telah diduga, dari muncul di entrance masuk mereka lah yang bakal membawa balik hadiah Best Dress Hero / Heroin. Tahniah Rawlins anda Ruby, korang memang deserve.

Best Dress GSC Media Night

Semua selesai, dan tiba masanya untuk menyaksikan Justice League. Maaf tak dapat nak cerita kat sini tapi memang best bagi Naz yang sememangnya membesar dengan karakter-karakter DC Comics.

justice-league
Karakter Justice League… The Flash, Superman, Cyborg, Wonder Woman, Batman dan Aquaman
Geng Suicide Squad Bising
Ini pula Geng Suicide Squad Bising….

Bermula 16 November 2017, Justice League akan masuk pawagam seluruh Malaysia. Jom datang beramai-ramai menyaksikan filem-filem di Pawagam GSC berdekatan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *