Lenovo Lancarkan Edisi Khas Star Wars Yoga 920 | Belum habis lagi demam Justice League, kini peminat Star Wars sudah mula terasa ketibaan filem kegemaran mereka. Lenovo tidak ketinggalan dalam menghangatkan suasana dengan melancarkan edisi istimewa Star Wars Yoga 920 yang menampilkan Rebel Alliance dan Galactic Empire.

Lenovo, pengeluar komputer peribadi terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan edisi istimewa yang bertemakan filem Star Wars pada tablet Yoga 920yang bakal tiba di galaksi berhampiran anda.
Hadir dalam dua versi yang sungguh menarik dengan Gorilla® Glass cover, dan Star Wars Special Edition Yoga 920 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember 2017 nanti. Bagi yang menyebelahi pihak berkuasa, anda boleh memilih versi putih Yoga 920 yang mempunyai logo Rebel Alliance, sementara mereka yang lebih suka kuasa jahat boleh membeli versi hitam yang mempunyai lambang Galactic Empire.

Edisi istimewa Yoga 920 yang nipis dan anggun ini terkenal dengan ‘watchband hinge’ yang rumit. Ia mempunyai reka bentuk ‘unibody all-metal’ yang cantik seberat 1.37kg, dan dengan paparan 4K yang hamper tiada sempadan (edgeless), menjadikannya ideal untuk hiburan dan produktiviti yang tidak dapat ditandingi.
Dari segi reka bentuk dan perkakasan, Star Wars Special Edition Yoga 920 adalah sungguh futuristik yang menampilkan:
- Sehingga Generasi ke-8 Intel® Core i7-8550U prosessor, 16GB memori, 512GB SSD storan dan sehingga 15.5 jam waktu kegunaan bateri;
- 9” UHD wide-angle IPS papan sesentuh;
- Windows® 10 Home High End;
- Imbasan cap jari bersepadu untuk pengesahan biometrik segera;
- Empat mod: menaip mod laptop, penyampaian dalam mod pendirian, menyemak imbas dalam mod tablet, atau menonton video dalam mod khemah;
- Teknologi far-field yang membolehkan Cortana – pembantu pintar yang diaktifkan oleh suara – untuk mengenali arahan suara sehingga empat meter jauhnya. Gunakan Cortana dengan mudah untuk menambah barangan ke senarai beli-belah, mainkan muzik, periksa lalu lintas, hantar e-mel pendek, mengesan pakej hantaran dan banyak lagi. Cortana juga menggunakan AI untuk mengenali pemiliknya, jadi Yoga 920 semakin pintar dari masa ke masa;
- Dan pilihan Lenovo Active Pen 2, yang membolehkan ketepatan penanda kertas – dengan 4,096 tahap kepekaan pen.
Spesifikasi Star Wars Yoga 920
| Processor | : | 8th Gen Intel® Core™ i7-8550U processor |
| Graphics Card | : | Integrated |
| Storage | : | 512GB M.2 PCIE |
| Operating System | : | Windows 10 Home High End |
| Display | : | 13.9” UHD IPS Multi Touchscreen |
| Audio | : | 2 x 2W JBL® Speakers and 3W Subwoofer Dolby® Atmos |
| Memory | : | 16GB DDR4 2400 |
| Battery | : | Up to 15.5 Hours |
| WLAN/ WiFi | : | 2X2 AC+BT4.1 |
| Weight | : | 1.37kg |
Harga dan Ketersediaan
- Harga untuk Star Wars Special Edition Yoga 920 bermula dari RM8,888 dengan peranti yang boleh dibeli di Lenovo Exclusive Stores dan Lenovo Multi Brand Stores, tersedia pada bulan Disember 2017. Ia juga boleh didapati secara atas talian (online) di Lazada Store Lenovo.
- Harga untuk Lenovo Yoga 720 bermula dari RM5,599 termasuk GST, tersedia untuk pembelian di Lenovo Exclusive Stores dan Lenovo Multi Brand Stores. Ia juga boleh didapati secara atas talian (online) di Lazada Store Lenovo.
- Harga untuk Lenovo Yoga 520 bermula dari RM2,799 termasuk GST, tersedia untuk pembelian di Lenovo Exclusive Stores dan Lenovo Multi Brand Stores. Ia juga boleh didapati secara atas talian (online) di Lazada Store Lenovo.
Peraduan Sosial Media
Lenovo akan menganjurkan pertandingan dan 15 peminat Lenovo dan Star Wars yang bertuah di Malaysia akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada Funko POP Star Wars™ Figurines dengan mengambil bahagian dalam pertandingan atas talian.

Peminat hanya perlu melawat Laman Facebook Lenovo Malaysia untuk memberitahu kami mereka menyebelahi pihak mana (Rebel Alliance atau Galactic Empire) dan “mengapa mereka memilih pihak tersebut…” tidak lebih dari 25 perkataan. Mereka perlu berkongsi jawapan mereka di pos Facebook peraduan dengan hashtags berikut: #LenovoGalacticMY #LenovoAllianceMY #StarWars #TheLastJedi #Yoga920 #DifferentIsBetter
Tertakluk kepada terma dan syarat. Lawati Halaman Facebook Lenovo Malaysia untuk maklumat lanjut.