Makan Malam Sambil Berhibur Di WOW KL!

WOW KL!

Makan Malam Sambil Berhibur Di WOW KL! |  Dahulunya dikenali sebagai Saloma Bistro & Theatre Restaurant, tetapi kini ia dikenali sebagai WOW KL! di bawah pengurusan baru. Pada hari minggu yang lalu, Naz dan keluarga telah dijemput dan berpeluang untuk menikmati hidangan serta pertunjukkan yang diadakan di WOW KL!.

Roasted Lamb

Kenapa diberi nama WOW KL!

Menurut En. Ezriq Sajad, selaku Pengarah Jualan, WOW mempunyai bunyi yang sama dengan Wau Bulan, iaitu sejenis layang-layang yang direka dengan bentuk tersendiri dan secara tradisinya diterbangkan oleh lelaki di negeri Kelantan. Ia adalah salah satu simbol yang memperlihatkan kebanggaan budaya dan warisan kita.

WOW - WAU

Walaupun logo itu adalah tafsiran artistik dari WAU, namun perkataan WOW itu merangkumkan kesan seseorang pelawat apabila datang melawat ke KL. Jadi pemilihan nama WOW KL! ini sesuai kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Di WOW KL! ini terdapat 4 bahagian iaitu Sports Bistro, Artis Restaurant, Streetfood Square dan Seafood Place. Buat masa ini, hanya Sports Bistro dan Artis Restaurant beroperasi, manakala Streetfood Square dan Seafood Place masih dalam proses pembangunan.

Sports Bistro adalah kawasan pertama yang anda akan jumpa setibanya di sini. Ruang yang terbuka dan mempunyai satu bar untuk penyediaan minuman. Terdapat 3 panel TV LCD yang menanyangkan siaran sukan berlainan. Peminat-peminat sukan boleh menonton sukan kegemaran mereka sambil menikmati hidangan dan minuman.

Sports Bistro WOW KL!

Artis Restaurant adalah dewan utama yang mempunyai kawasan yang luas dan sebuah pentas. Amat sesuai untuk diadakan majlis makan malam atau perasmian product oleh badan-badan korporat.

Main Hall WOW KL!

Hall can accommodate 400 pax

Setiap hari di WOW KL! dari jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam, terdapat hidangan bufet dengan pelbagai sajian hidangan antarabangsa dan juga hidangan tempatan. Antara menu harian mereka adalah seperti salad dan pembuka selera, condiment dan dressing, stesen sup, seleksi masakan Melayu, seleksi makanan Barat, seleksi makanan Timur Tengah, beberapa gerai yang menyediakan Roti Canai, Kuih Cakoi, Sate Ayam dan Daging, Mee Kari/Sup, Kambing Shawarma dan Roti Pita, Air Batu Campur, Teh Tarik, seleksi pemanis mulut, kopi, teh dan kordial.

Hidangan pembuka selera
Hidangan pembuka selera…
Beef Shawarma
Beef Shawarma
Lamb Mandy
Lamb Mandy
Spaghetti
Spaghetti
Hawkers Stall
Hawker Stalls
Dessert
Dessert

Tepat jam 8.30 malam, pertunjukkan kebudayaan dimulakan memaparkan seni tari oleh masyarakat majmuk Malaysia. Sungguh berwarna warni dan mengasyikkan. Pada malam tersebut kami menyaksikan 9 tarian dan pada tarian terakhir iaitu tarian Joget, para tetamu dijemput naik ke pentas untuk bersama-sama dengan para penari. Pelbagai telatah serta gaya tarian, sungguh meriah dan sporting.

Jika inginkan makan malam yang berserta dengan hiburan kebudayaan, WOW KL! adalah pilihan anda. Samada bersama keluarga, rakan-rakan ataupun kenalan dari luar negara, di sini lah tempat yang pastinya terhibur.

Fun Filled Blogger
Semua terhibur dan satu foto kenang-kenangan…

Harga untuk makan malam ini adalah seperti berikut:

RM110 nett per pax (Dewasa)
RM70 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 tahun)

Bermula dari 1 April 2018, harga baru akan berkuatkuasa seperti berikut:

RM130 nett per pax (Dewasa) – Bukan Warganegara
RM95 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 years) – Bukan Warganegara
RM115 nett per pax (Dewasa) – Warganegara
RM80 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 years) – Warganegara

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +603 2161 0122 atau emel kepada book@wowkl.my

Anda juga boleh mengikut perkembangan dan promosi WOW KL! di media sosial mereka:

Facebook
www.facebook.com/wowkl

Instagram
www.instagram.com/wowsomekl

Twitter
twitter.com/wowkl

YouTube
www.youtube.com/wowkl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *