Raikan Krismas dengan penuh Glamor di the Curve!

Raikan Krismas dengan penuh Glamor di the Curve! |  Kemeriahan dan kehangatan sambutan musim percutian yang bakal tiba sudah mula dirasai di the Curve dengan persiapan sambutan Krismas yang bertemakan All I Want for Christmas.

A holly jolly Christmas celebration with the Curve's Management Team.
Sambutan Krismas bersama pengurusan the Curve

Bermula 1 Disember 2017 hingga 1 Januari 2018, Centre Court the Curve akan berubah menjadi sebuah taman indah, dihiasi lampu berkerlipan dan gubahan bunga yang menawan. Sebuah gazebo ala Victoria menjadi tumpuan utama, dan sebuah pokok Krismas berdiri megah dihiasi dengan pelbagai hiasan dan poinsettia merah yang indah. Keceriaan musim perayaan ini disemarakkan lagi dengan dekor menarik Santa Klaus yang meluncur di udara sambil membawa hadiah untuk para pengunjung.

Selain daripada keindahan taman yang indah ini, pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan muzikal yang menampilkan Miss Malaysia World 2015 Brynn Lovett sebagai seorang penggemar fesyen yang pemurah lagi baik hati di dalam sebuah kisah yang menyentuh hati seiring dengan semangat Krismas. Pertunjukan ini semestinya bakal menarik perhatian pengunjung daripada setiap lapisan umur. Alunan lagu-lagu Krismas yang popular serta busana yang anggun menambah seri kepada persembahan tersebut disulami lenggok tarian para penari yang pastinya akan menjadi satu persembahan yang mempesonakan.

Cheery performers of the All I Want for Christmas musical dazzling the stage with jolly Christmas melodies.
Persembahan muzikal “All I Want for Christmas”

Para pengunjung boleh menikmati persembahan tersebut dua kali sehari pada setiap hujung minggu dan cuti umum pada jam 2 dan 5 petang.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve, berkata, “Krismas adalah waktu yang sememangnya dinanti-nantikan di the Curve, bukan sahaja bagi kami malah juga bagi semua para pengunjung! Musim cuti perayaan akhir tahun semestinya mengembalikan memori nostalgia indah dan oleh itu kami telah memilih tema klasik untuk Krismas kali ini. Bertemakan All I Want for Christmas, ia memberi pelbagai erti kepada semua, sama ada harapan yang baru, keriangan bersama mahupun keinginan untuk menerima hadiah idaman! Kami berharap pengunjung akan menikmati pengalaman yang indah di the Curve bersama keluarga, rakan dan mereka yang tersayang.”

En. Jazmi Kamarudin, General Manager of the Curve, initiates the launch of Krismas Campaign, All I Want for Christmas.
En. Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve, melancarkan kempen Krismas, All I Want for Christmas.

Terdapat pelbagai persembahan dan aktiviti menarik menanti para pengunjung di the Curve pada musim perayaan ini! Nikmati nyanyian lagu-lagu klasik Krismas daripada Christmas Carollers. Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menemui Santa Klaus untuk sesi berswafoto!

Sempena meraikan semangat memberi pada musim perayaan ini, the Curve bekerjasama dengan Hamleys, kedai permainan terbesar dan tertua di dunia untuk menjayakan sebuah kempen amal yang akan berlangsung selama sebulan. Para pengunjung dijemput untuk menunaikan hasrat kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan membeli hadiah yang mereka idamkan.

Sepanjang kempen ini, para pengunjung yang berbelanja minimum RM500 dalam dua resit maksimum berpeluang untuk menebus dan membawa pulang sebuah patung eksklusif “Reindeer Plushie” daripada the Curve. Semua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Tidak sabar untuk meraikan kempen Krismas di the Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *