Antabax Pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 | Antabax, jenama penjagaan peribadi Halal nombor 1 di Malaysia yang terkenal dengan perlindungan antibakteria 24 jam menjadi pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dalam kategori Home Health Care Product (Penjagaan Kesihatan Rumah) baru-baru ini.


Antabax memberikan perlindungan sepanjang hari dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk-produk Antabax juga dirumus dengan vitamin untuk kukit dan Derma Protect System (Sistem Penjagaan Kulit) yang mengandungi Serum Micro Moisture yang menjadikan kulit lembut, licin dan sihat. Ujian dermatologi menunjukkan semua produk Antabax amat sesuai untuk kulit halus menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian.
“Pengiktirafan oleh pihak Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 ini merupakan satu penanda aras penting untuk Antabax. Anugerah-anugerah yang diterima secara berterusan oleh jenama ini membuktikan produk-produk kami diterima baik oleh para pengguna,” kata Pengurus Besar Kanan Penjagaan Peribadi dan Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, En. Francis Ng.

Semua produk-produk Antabax adalah disahkan Halal memberikan keyakinan penuh kepada umat Islam untuk menggunakannya.
Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax serta mendapatkan panduan kebersihan terbaik untuk kehidupan yang lebih sihat serta menyakinkan, sila layari www.facebook.com/NewAntabax.