Lee Chong Wei Movie Tayangan Perdana Sedunia | Terpaksa melalui keperitan hidup dalam keluarga yang miskin sejak kecil lagi, tetapi menyimpan cita-cita besar untuk mewakili dan mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia. Dengan semangat tidak berputus asa dan tidak menyerah kalah, Datuk Wira Lee Chong Wei telah menempa nama sebagai pemain badminton nombor satu dunia pada 21 Ogos 2008 ketika usianya 26 tahun. Kini perjalanan hidup beliau telah difilemkan dan akan ditayangkan serentak sempena Tayangan Perdana Sedunia pada 9 March 2018.

Sebuah karya Teng Bee dengan kerjasama CB Pictures, Sky Events dan MAHU Pictures membawakan filem LEE CHONG WEI movie versi tambahan 133 minit akan di tampilkan pertama kali di Stadium Nasional Bukit Jalil. Padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan bertukar seperti gelanggang badminton dan tayangan ini akan dipancarkan pada sebuah skrin LED khas gergasi berukuran 40 meter x 17 meter. Ini menjadikan acara ini sebagai tayangan filem terbesar di Malaysia dan dijangkakan seramai 20,000 penonton akan menyaksikan Tayangan Perdana Sedunia, dan mencipta sejerah dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.

Satu majlis sidang akhbar bersama para media dan pihak penaja telah diadakan di pusat membeli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah memberi gambaran terperinci mengenai acara tersebut, memperkenalkan pihak penaja yang menjayakan acara ini serta memperkenalkan barisan para pelakon dan penyanyi skor lagu filem tersebut.

Barisan para pelakon filem ini terdiri daripada Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak Datuk Haji Misbun Sidek, Jake Eng (Chong Wei remaja), Tosh Chan (Chong Wei dewasa), Ashley hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching, kakak Chong Wei). Penyanyi popular Nabila Razali dan penyanyi media sosial Priscilla Abby akan menyanyikan lagu tema file mini.


Filem LEE CHONG WEI movie versi tambahan 133 minit pada 9 Mac 2018 ini adalah edisi khas dan tidak akan ditunjukkan di pawagam. Versi pagawam akan ditayangkan bermula 15 Mac 2018 di Golden Screen Cinema seluruh negara.

Tiket-tiket berharga RM168 (Emas) untuk 9 Mac telah habis dijual. Tiekt-tiket lain berharga RM88 (Dunia), RM108 (Gangsa) dan RM128 (Perak) masih boleh dibeli di kaunter tiket di perkarangan AXIATA ARENA, KL Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 10 pagi hingga enam petang. Di sini ada boleh membeli menggunakan wang tunai atau kad kredit. Jika tidak berkesempatan untuk ke sini, anda juga boleh menempah tiket anda di dalam talian menerusi laman web www.LEECHONGWEImovie.com atau boleh hubungi talian +603-58799967 untuk pertanyaan lanjut.
Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja -T filem ini bernilai RM59, sekeping tiket filem ini di semua pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem yang ditandatangani oleh Datuk Wira dan para pelakon di dalam satu beg tenunan khas. Pemberian istimewa ini akan diedarkan di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana 9 Mac nanti.

Selain dari itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG sebanyak 5 unit, buku filem terhad ini sebanyak 30 unit dan pelbagai hadiah menarik disediakan.
Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan sebaik sahaja pintu masuk stadium dibuka pada pukul 4.00 petang seperti acara Red Carpet oleh selebriti jemputan, persembahan oleh Nabila Razali dan Priscilla Abby serta karnival penaja dan food truck. Pihak penganjur juga akan cuba membawakan skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 ke acara penuh bermakna ini.

Acara Tayangan Perdana Sedunia ini dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja Utama), QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Bersama), GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYA PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR (Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Media Sosial).

Jom beramai-ramai ke acara gemilang ini di Satdium Nasional Bukit Jalil pada 9 Mac 2018. Maklumat lanjut, sila layari laman facebook LEE CHONG WEI movie atau laman web www.LEECHONGWEImovie.com

perghhhhhhhhhh
tak sabar nak tengok
jangan lepaskan peluang tengok extended version 133 minutes di Stadium Nasional Bukit Jalil tau Hans