OneRepublic: Pencarian Bakat Baru Menerusi Pertandingan Nyanyian | Counting Stars, Apologize, Secrets, Good Life dan banyak lagi merupakan lagu dari kumpulan pop rock Amerika yang dianggotai oleh vokalis utama Ryan Tedder, pemain gitar Zach Filkins, pemain gitar 2 Drew Brown, pemain bass Brent Kutzle, dan pemain drum Eddie Fisher. Jika anda peminat kumpulan pop rock ini dan boleh menyanyikan lagu-lagu mereka dengan baik, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat anda dalam ONEREPUBLIC: PENCARIAN BAKAT BARU.

Pihak penganjur WGW Entertainment dengan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB), di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan memeriahkan Stadium Merdeka pada 25 April, pukul 8 malam dengan konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018. Sebelum penonton berpeluang menonton OneRepublic beraksi di pentas yang gah itu, pihak WGW Entertainment turut mengatur peluang kepada bakat-bakat baharu untuk mencuba nasib sebagai penyanyi, pertandingan nyanyian ini akan dirasmikan oleh Pengurus Besar Malaysia Major Events (MME) Tony Nagamaiah.
PENCARIAN BAKAT BARU merupakan pertandingan nyanyian bersempena dengan konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018. Peminat OneRepublic atau sesiapa sahaja yang mampu mendendangkan lagu kumpulan tersebut ini adalah peluang keemasan untuk anda mencuba nasib. Pemenang untuk pertandingan tersebut bakal membawa pulang wang tunai dan tiket konsert.
Pertandingan Pencarian Bakat Baru
Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja, sama ada solo atau berkumpulan. Semua penyertaan mesti dihantar ke player.lemonadebox.com/2018voicehunt sebelum 4 April 2018 (sehingga 11.59 malam). Peserta akan bertanding pada 7 April 2018 di Ruang Legar, Berjaya Times Square KL bermula pada pukul 4 petang.
Peserta akan dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembahan pentas. Semua peserta mesti membuat persembahan dengan mendendangkan lagu OneRepublic dan sila bawa sendiri salinan trek instrumental dalam format MP3 atau Audio CD. Peserta juga boleh mengadakan persembahan dengan tambahan alat muzik sendiri. Terma dan syarat lain dalam pertandingan ini telah ditetapkan.
HADIAH PENCARIAN BAKAT BARU
Hadiah Pertama : RM3000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578
Hadiah Kedua : RM2000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578
Hadiah Ketiga : RM1000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578

Tujuh finalis lain layak menerima dua keping tiket CAT3 yang bernilai RM298.
Promosi eksklusif akan diadakaan sempena PENCARIAN BAKAT BARU di Berjaya Times Square KL bagi peminat yang telah membeli tiket konsert layak untuk menerima poster selagi stok masih ada. Dengan pembelian di Berjaya Times Square KL pada hari berkenaan, anda layak mendapat diskaun 5% untuk tiket konsert. Promosi ini untuk satu hari sahaja. Kaunter tiket mula dibuka pada pukul 11 pagi hingga 6 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai PENCARIAN BAKAT BARU, sila rujuk Facebook @WGWEntertainment atau @UniversalMusicMY.
Dimaklumkan bahawa satu zone tiket OneRepublic Live in Malaysia 2018 telah habis dijual dan jualan untuk zone lain juga semakin mendapat sambutan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603-9222 8811.
Mengenai WGW Entertainment
WGW Entertainment merupakan penganjur dan promoter yang sering menjayakan konsert berskala besar dalam industri muzik dari dunia Barat dan Asia termasuk K-Pop dan Mandopop.WGW Entertainment merupakan penganjur yang disegani kerana berjaya mengadakan beberapa acara secara langsung yang melibatkan ramai bintang ternama pelbagai genre muzik. Ini memberi pengalaman cukup istimewa kepada peminat-peminat muzik.

