Cantik Dara Lantik Risteena Sebagai Pengarah Urusan

Cantik Dara Lantik Risteena Sebagai Pengarah Urusan |  Lambakan produk tempatan yang berasaskan kecantikan dan penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia dan bahan terlarang, mungkin menyebabkan segelintir masyarakat sudah mula hilang percaya dengan produk-produk sebegini. Tidak mahu terpalit dengan isu yang sama, pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd akhirnya mengambil keputusan untuk merombak semula hala tuju dan pelan strategik pemasaran Cantik Dara dengan melakukan penjenamaan semula menerusi packaging baru serta rangkaian produk baru.

Risteena Pengarah Urusan Cantik Dara

Kehadiran pelakon Nur Risteena Munim Zainul llyas sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd sebagai salah seorang pemegang saham Cantik Dara bakal menentukan operasi dan pelaksanaan syarikat dalam usaha untuk mengetengahkan serta meluaskan lagi jenama dan produk Cantik Dara di dalam pasaran.

Menurut Risteena, dia berhasrat untuk mengetengahkan satu produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan yang berkualiti pada harga mampu milik untuk kegunaan semua. Saya cuba gunakan sendiri produk ini dan saya dapat rasakan kesannya. Sejak menggunakan produk Cantik Dara ini, kulit saya sudah semakin bebas masalah. Itulah yang memberikan keyakinan untuk saya membantu mereka di luar sana yang turut mengalami masalah kulit serta memiliki kurang keyakinan diri untuk mucul di khalayak ramai.

Risteena

“Saya juga mahu memberi peluang kepada segelintir masyarakat untuk menjana pendapatan bersama jenama ini dengan menjadi agen dan stokis. Saya yakin dengan kualiti produk ini, ia bukan saja laris serta mendapat sambutan, bahkan mampu membantu agen dan stokis Cantik Dara untuk meningkatkan taraf kualiti hidup mereka,” katanya.

Produk Cantik Dara Beauty & Skincare dijamin bebas dan selamat dari bahan kimia dan bahan terlarang kerana ia telah dihasilkan di Melaka Biotechnology Corporation (Melaka Biotech). Malah, produk yang halal serta sah wudhu ini turut mendapat kelulusan pihak Kementerian Keshatan Malaysia (KKM).

6 in 1

3 in 1 Skincare

Ia juga memiliki lima produk utama iaitu Habatus Sauda Soap, Serum Moisturizer Apple Stemcell, CC Cream Foundation Full Coverage Natural Color, Lip Matte dan Mascara. Harga-harga yang dijual juga sangat berpatutan.

Serum

Lip Matte

Habatus Sauda Soap

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga turut berbesar hati apabila dapat melancarkan Cantik Dara menggunakan teknologi e-KUT. Produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan ini merupakan yang pertama di dunia menggunakan teknologi seumpama ini yang mana ia mampu memberikan pengalaman baru buat pengguna untuk mendekatkan diri dengan produk ini menerusi paparan video.

Selain mengetengahkan info produk, pengguna juga berpeluang untuk mengetahui cara produk dengan lebih efisyen dan mendalam lagi menerusi paparan paparan video tutorialyang turut dikongsi di dalam aplikasi ini.

Malah, menerusi aplikasi ini juga pengguna berpeluang untuk membuat pembelian produk menerusi link laman web yang turut disertakan iaitu www.cantikdara.biz.

Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen dan stokis produk ini, kehadiran anda sangat dialu-alukan. Anda boleh berurusan dengan pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd menerusi talian 03-78325333 atau emel: info@cantikdara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *