Ayam Brand Menjadikan Sajian Kegemaran Tradisi Ramadan dan Hari Raya Lebih Mudah dan Sihat

Ayam Brand Menjadikan Sajian Kegemaran Tradisi Ramadan dan Hari Raya Lebih Mudah dan Sihat |  Meriahkan sambutan Ramadan dan Raya tahun ini dengan Ayam Brand ™, sebuah jenama yang terkenal untuk rangkaian produknya sihat dan mudah, serta bebas dari bahan pengawet yang memberikan pilihan makanan harian dan hidangan perayaan yang lebih sihat.

Ayam Brand products

Dengan sajian sahur dan iftar yang berjarak lebih dari 12 jam, makanan yang kaya dengan ikan, serat, lemak bermanfaat dengan kandungan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah akan memberikan perbezaan yang ketara.

Rakyat Malaysia sangan menyukai ikan malah, kadar pengambilan ikan per kapita oleh rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi antara negara-negara Asia, dan yang kelima tertinggi di dunia(1).

Kelapa juga ialah bahan yang kebiasaannya digunakan dalam makanan Asia Tenggara. Santan digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan serta manisan, sementara minyak kelapa pula digunakan untuk tujuan masakan dan kecantikan.

Informasi dari Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan bahawa kelapa merekodkan penggunaan per kapita tertinggi dengan jumlah 17 kilogram setiap tahun manakala penggunaan per kapita maceral adalah tertinggi dengan 7.2 kilogram dan diikuti oleh tuna dengan 2.4 kilogram.

Secara tradisionalnyam produk kelapa seperti santan dan minyak kelapa, dan ikan seperti maceral dan tuna memerlukan lebih masa untuk disediakan. Ikan perlu dibersihkan dan disiang menggunakan tangan manakala santan pula perlu diperah. Penghasilan minyak kelapa dara dari santan kelapa mengambil sekurang-kurangnya 3 jam(2)! Ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai masa dan skil masakan untuk melakukan semua ini.

Pakar anti-penuaan terkemuka, Dr. Takuji Shirasawa telah mengkaji kebaikan santan, minyak kelapa dan ikan secara terperinci, dan mencadangkan pengambilannya kerana kandungan laurik asid dan asid lemak rantaian sederhana (MCT) yang tinggi, serta Omega-3 mengikut turutan, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan juga kesihatan kardiovaskular. Dr. Shirasawa adalah pengarang beberapa buku tentang anti-penuaan, termasuk ‘Food For The Brain’ Bersama resepi yang disesuaikan untuk menepati amalan kulinari pembaca Asia. Beliau juga adalah duta produk kelapa Ayam Brand ™.

Omega3
[ foto kredit fb Ayam Brand ]
Jenama ini mematuhi keperluian untuk setiap keluarga untuk menyediakan makanan dengan cepat, sihat dan mudah dengan harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan, terutamanya waktu sahur. Hidangan wajib Hari Raya yang sihat dan lazat juga akan menawan hati. Dengan penambahan sentuhan moden, yang menjimatkan masa pada hidangan tradisi, Ayam Brand ™ telah menyediakan 10 resepi untuk Ramadan dan Raya.

Resepi Ayam Brand ™ yang Cepat, Senang dan Enak Sepanjang Bulan Puasa

Semangkuk Bubur Kacang dengan Jagung ala Kelantan akan memberikan anda ransangan tambahan tenaga kerana kandungan santan yang kaya dengan asid laurik  dan MCT yang membuatkan ia lebih mudah untuk dimetabolismakan oleh tubuh(3). Sambal Petai dengan Makarel yang dimakan dengan nasi kukus adalah makanan kesukaan ramai yang mengenyangkan dengan tambahan kebaikan DHA dan EPA daripada makarel lautan sejuk yang boleh membantu menambahbaikfungsi kardiovaskular(4). Cuba pula Fish Cake Siam untuk kandungan proteinnya yang tinggi yang mampu memberikan tenaga berterusansepanjang hari.

Tips Berpuasa

  • Sama seperti sarapan, sahur juga adalah sangat penting semasa berpuasa.
  • Masukkan komponene karbohidrat kompleks, kaya protein, dan tinggi serat dalam makananahur anda untuk memberikan tenaha berkekalan sepanjang hari.
  • Jangan makan secara berlebihan semasa iftar kerana ia mungkin mengakibatkan refluks asid.
  • Minum lebih banyak air kosong semasa iftar untuk menghidratkan semula tubuh anda.
  • Sajian Iftar perlulah termasuk makanan yang mengandungi tinggi serat, protein dan lemak sihat seperti minyak kelapa kerana badan anda memerlukan lemak sepanjang hari.

Berbuka puasa dengan kuih Seri Muka yang manis dan lemak kerean santan yang digunakan slam resepi ini akan dipecahkan oleh tubuh kita kepada monolaurin yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria(5) Seterusnya, lengkap sajian buka puasa anda dengan Pasta Pesto Ayam yang mudah disedaikan serta mengenyangkan. Hidangakan bersama Sardin Selasih Thai untuk rasa pedas yang menyengat.

Tunjukkan skil masakan anda pada Hari Raya ini dengan hidangan Kelantan yang beraroma iaitu Ayam Percik lengkapkan dengan sajian sampingan tempatan yang klasik Asam Laksa Sardin. Ikan Sardin yang digunakan untuk masakan asam laksa ini adalah sumber Omega-3 yang bagus yang diperlukan oleh badan kita untuk meningkatkan pertumbuhan otak serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung. Hidangkan tetamu anda dengan Kuih Cara tradisional dan akhiri sajian Hari Raya anda dengan Panacotta Kelapa yang manis dan hiaskan dengan buah-buahan mengikut citarasa anda.

Sardine Asam Laksa
Asam Laksa Sardin [ foto kredit fb Ayam Brand ]
Rangkaian lengkap produk Ayam Brand ™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Untuk resepi yang lebih kreatif dan menyeronokkan, sila layari www.ayambrand.com.my/recipes-video 

 



  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4989178/#CIT0002
  2. https://food.ndtv.com/food-drinks/how-to-make-pure-coconut-oil-at-home-free-of-preservative-and-chemicals-1718029
  3. https://nutritionreview.org/2013/04/medium-chain-triglycerides-mcts/
  4. https://academic.oup.com/advances/article/3/1/1/4557081/
  5. https://food.ndtv.com/beauty/10-amazing-coconut-milk-benefits-for-hair-face-and-skin-1421580

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *