Water of Magnesia Untuk Kesihatan Optima

Water of Magnesia Untuk Kesihatan Optima |  Tahukah anda kenapa badan kita memerlukan magnesium?  Kenapa pentingnya magnesium ini untuk kesihatan kita? Bagaimana untuk mendapatkan magnesium ini untuk tubuh badan kita? Ada kesan sampingan ke jika mengambil magnesium ini? Bahagian tubuh badan mana yang perlukan magnesium ini? Ini antara persoalan-persoalan yang sering diajukan bila bercakap mengenai keperluan magnesium dalam tubuh badan kita. Dan Water of Magnesia merupakan suplemen magnesium terbaik dihasilkan dan dipasarkan oleh CorNadi Wellness Centre.

Water of Magnesia

Apa itu Magnesium & Pentingnya untuk tubuh badan

Magnesium adalah mineral utama dalam metabolisme manusia, dan didapati dalam jumlah kecil dan sederhana dalam banyak Makanan Sihat Dunia (World’s Healthiest Foods – WHFoods). Sayur-sayuran (terutama daun berdaun hijau), kacang-kacangan dan bijian adalah sumber WHFoods yang terbaik untuk magnesium. Magnesium ini nutrien penting tetapi tidak mendapat perhatian seperti nutrien kalsium atau sodium. Ia memainkan peranan yang penting dalam kesihatan manusia kerana ia diperlukan untuk lebih daripada 300 tindak balas kimia dalam tubuh manusia. Untuk senang faham magnesium ibarat pelakon pembantu terbaik dalam filem kerajaan mineral. Sebagai pelakon pembantu dalam filem, magnesium menjalankan watak sebagai penyokong yang bergerak secara senyap-senyap.

Magnesium - mineral

Magnesium merupakan salah satu mineral yang paling banyak dalam tubuh badan kita. 50% magnesium dalam badan terletak dalam tulang. Dan selebihnya terdapat pada organ dan sel-sel. Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh terutaman untuk tulang, saraf dan otot. Ia sangat penting untuk menjaga sistem imun tubuh badan dan menjadikan tulang lebih kuat. Antara fungsi magnesium adalah:

  • Jaga otot dan saraf agar berfungsi dengan normal
  • Menjaga rentak jantung
  • Untuk sistem imun tubuh
  • Mengatur kadar gula dalam darah
  • Menjaga tenaga dan metabolisme
  • Mengatur sintesis protein
Dari fb Dr Hafiz Sulaiman, beliau menyebut:
Begitu banyak sekali penyakit di zaman moden ini adalah disebabkan oleh tekanan dan stres yang menyebabkan kesakitan. Otot menjadi tegang, menguncup dan salur darah mengecut. Sel-sel akan kekurangan oksigen dan mungkin menyebabkan tisu kawasan itu mati dan sakit.
Semua disebabkan oleh stres dan penguncupan (contraction). Kejadian stres dan ketegangan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan satu mineral utama yang tidak dapat badan kita hasilkan iaitu: Magnesium. 
Selain sumber gizi yang kekurangan magnesium, kerosakan sistem pencernaan terutamanya kekurangan asid perut menyebabkan penyerapan magnesium berkurangan. Magnesium mempunyai lebih daripada 300 fungsi biokimia di dalam badan termasuk keseimbangan DNA dan RNA yang membentuk genetik yang sihat. 
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan banyak penyakit kronik. Antara penyakit-penyakit yang utama:
  • Sakit kepala
  • Sakit, kejang dan tegang otot.
  • Fibromyalgia. (serba sakit sentiasa)
  • Kerisauan (anxiety)
  • Tekanan perasaan (Depression)
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Autism dan ADHD
  • Restless leg syndrome
  • Tic (muka berkedip secara tak sengaja)
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Osteoporosis (tulang rapuh)
  • Ekzema, psoriasis
  • Jerawat
  • Asma

Magnesium Yang Menakjubkan – 15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan asma

Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium. Magnesium berfungsi untuk:

  • Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
  • Mengurangkan pengecutan otot
  • Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara

Water of Magnesia - 01

2. Meningkatkan metabolisme tubuh 

Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh.  Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit.

3. Menjaga kepadatan tulang 

Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk :

  • Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang
  • Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang
  • Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot
  • Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari
  • Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis.

Water of Magnesia - 02

4. Menjaga kesihatan jantung 

Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung.

  • Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur
  • Membantu menenangkan saraf
  • Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan

Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.

5. Mengendalikan tekanan darah 

Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh.

Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos, membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur, menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan.

Water of Magnesia - 03

Water of Magnesia - 04

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 

Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin. Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah

7. Mencegah sembelit 

Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi. Fungsi magnesium dalam hal ini adalah:

  • Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
  • Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar

Water of Magnesia - 05

8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung 

Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah.

Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah:

  • Mencegah kekejangan dan cramp
  • Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi
  • Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi
  • Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah
  • Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
  • Mencegah sembelit pada ibu mengandung
  • Mencegah denyutan jantung tidak teratur
  • Menjaga kadar kolesterol

Banyak kan? Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot.

9. Melegakan ketegangan otot dan stress 

Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium.

Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.

Water of Magnesia - 06

10. Mencegah serangan jantung 

Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung. Peranan magnesium kepada jantung adalah:

  • Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur
  • Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit
  • Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah

11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan 

Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira).

12. Menghasilkan kolagen 

Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot.

Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi.

Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku.

13. Menyerap mineral 

Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar.

14. Kawalan fungsi pundi kencing 

Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain.

Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat.

15. Mengaktifkan enzim 

Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh korang tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.

Magnesium bekerja untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga. Tanpa magnesium, tidak ada tenaga atau gerakan di dalam tubuh, yang bermakna tidak ada kehidupan.

Kesan-kesan dan Tindakbalas Water of Magnesia

1. Kesan Serta Merta

  • Palpitation
  • Darah tinggi
  • Sakit gigi
  • Jerawat yang baru nak naik

2.  Kesan ke esokan Hari (detox berlaku)

  • kerap buang air besar
  • Kerapa buang air kecil
  • Kepala akan mengalami sakit kepala yang sangat ringan

Water of Magnesia – Immune System Booster (Mineral Ionik Kompleks Penuh)

Water of Magnesia – Immune System Booster adalah cecair ionik magnesium berzat galian spektrum penuh dengan 92 elemen surih dan makro. Ia makanan tambahan yang dirumuskan untuk menyediakan pelbagai jenis mineral surih dan makro yang kekurangan dalam makanan dan air kita. Mineral kompleks penuh ini adalah dalam bentuk ionik, menjadikannya mineral yang sangat unik dan sihat. Ia memberikan penghidratan yang sebenar.

Destiny_water_benefits2

Mineral lautan yang dituai dengan sifat terbaik, Water of Magnesia – Immune System Booster adalah unik secara benefisial – ia boleh diserap 100%. Mineral lautan unik kerana nisbah mineral antara satu sama lain sama dengan plasma darah kita. Rendah dalam natrium, namun tinggi magnesium, ia minuman elektrolit yang tidak dapat ditandingi.

Alkalikan tubuh kita dengan pemakanan tambahan semulajadi untuk kesihatan Optima.

Cara Penggunaan Water of Magnesia – Immune System Booster

  • Dewasa – Bermula dengan 1 – 5 titik setiap gelas air, jus atau sup. Tambahkan titisan sehingga 10 – 20 titik sekali.
  • Kanak-kanak – 1 – 3 titik dalam sehari sahaja.

Sesuai & Boleh digunakan oleh:

1. Untuk semua orang termasuk bayi berusia 2 bulan
2. Binatang kesayangan
3. Tanaman

Pensijilan Water of Magnesia

1. Mendapat sijil dari KKM
2. Sijil Halal
3. Sijil GMP
4. Produk buatan Malaysia
5. Sijil MESTI
6. Unsur semulajadi tiada bahan kimia

AMARAN

1. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SAMA SEKALI KETIKA BADAN ANDA LETIH DAN SEDANG MEMANDU INI AKAN MENYEBABKAN ANDA TERTIDUR
Kerana Fungsi magnesia ketika badan ok dia kan memberi tenaga dan ketika badan letih dia akan merelak kan urat saraf

2. Jangan di letak kan di dalam mata menyebabkan mata pedih

Untuk info lanjut tentang Water of Magnesia, korang boleh dapatkannya di :

Website :
www.waterofmagnesia.com

Facebook:
www.facebook.com/Mineral92

Instagram:
www.instagram.com/water_of_magnesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *