Wiko Tommy3 Dengan Fungsi Kamera Menarik | Wiko Tommy3 merupakan telefon asas yang terbaru dari siri Y dan yang pertama menggunakan skrin lebar dengan bingkai nipis nisbah 18:9. Didatangkan dalan badan yang kompak dan mempunyai paparan skrin IPS LCD pada saiz 5.45 inci, membolehkan anda mengengamnya dengan mudah dan muat di dalam poket. Dikuasakan dengan pemprosesan cip Mediatek 4 teras 1.3Ghz dan dilengkapi dengan kelajuan sambungan 4G LTE. Telefon pintar asas ini dijual pada harga RM329 dan untuk tawaran promosi sempena Ramadan anda akan menerima kotak hadiah yang mengandungi iRing, Headphone dan Selfie Stick (sementara stok masih ada).

Spesifikasi Wiko Tommy3
| Wiko Tommy3 | |
| Pemproses | Cip Mediatek 4-Teras, 1.3 GHz, Cortex-A53 |
| Sistem Operasi | Android™ 7.1 (Nougat) |
| Skrin Paparan | 5.45” IPS LCD, 480P+, nisbah 18:9 |
| RAM | 1GB |
| Storan (ROM) | 16GB (menyokong kad mikroSD sehingga 128GB) |
| Saiz / Berat | 148.8x72x9.1mm / 170gm |
| Bateri | 2500 mAh Li-ion |
| Kamera Depan | 5MP + Selfie Flash |
| Kamera Belakang | 8MP |
| Warna | Bleen, Cherry Red, Anthracite, Gold |
Untuk data teknikal yang penuh, boleh rujuk di pautan ini >>> Wiko Tommy3 Technical Sheet
Sebelum kita tengok fungsi-fungsi menarik Wiko Tommy3 ini, jom kita unbox dulu!
Fungsi Kamera Wiko Tommy3
Naz akan kongsikan antara fungsi-fungsi yang menarik pada peranti Tommy3 ini. Sebagai permulaan, kita ke bahagian kamera utamamya yang mempunyai 8MP berserta flash LED. Pada kamera utama ini, terdapat 7 penetapan iaitu Touch Shot, Self Timer, ASD, Shutter Sound, Camera Roll, Picture Size dan Anti-flicker, yang boleh dilaraskan mengikut pilihan anda. Untuk penetapan mod nya pula, 7 pilihan seperti Beauty, Professional, Panorama, Night, QR Code, Time Lapse dan Potrait.
Perkara pertama yang Naz uji adalah mod Time Lapse perati ini yang mengambil kekerapan bingkai filem (kadar bingkai) jauh lebih rendah daripada yang digunakan untuk melihat urutan. Apabila dimainkan pada kelajuan biasa, masa kelihatan bergerak dengan lebih cepat. Untuk mode Time Lapse ini, peranti ini mempunyai 5 kadar bingkai iaitu x5, x10, x60, x180 dan x300. Apa yang dimaksudkan dengan x5? Untuk 5 saat rakaman ia bersamaan dengan 1 saat time-lapse dihasilkan; jika Naz merakam video berdurasi 1 minit 40 saat, ia bersamaan dengan 20 saat time-lapse yang dihasilkan. Naz telah membuat video time-lapse berdurasi 20 saat dengan menggunakan:
Selain dari itu, jika anda telah merakamkan apa-apa video anda boleh terus mengeditnya pada video tersebut secara langsung dari peranti ini. Anda yang perlu mainkan video tersebut dan pada bahagian belah kanan terdapat 3 ikon iaitu gunting (untuk suntingan), kunci mangga (untuk mengunci video itu) dan gambar (untuk mengambil still photo dari video tersebut).

Naz juga mencuba fungsi zooming nya yang agak bagus untuk peranti asas seperti Wiko Tommy3 ini. Ia tidak lah memberikan perincian foto sehebat peranti flagship, tetapi kira ok la dengan 8MP ini. Foto ini Naz ambil di tingkat Ballroom Hotel Hilton Kuala Lumpur mengadap Jalan Travers. Ini merupakan bangunan kediaman Balai Polis Jalan Travers. Inilah hasil 4 jenis zooming yang Naz ambil ketika jam 10 pagi di waktu terang dari dalam bangunan.


Naz masih menguji beberapa fungsi kamera dan akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa untuk menambah foto-foto yang di ambil menggunakan kamera Wiko Tommy3 ini.
Foto dengan fungsi HDR (High Dynamic Range)

Foto tanpa fungsi HDR (High Dynamic Range)

[ akan dikemaskini dengan foto yang bakal diambil ]
Apa yang Naz boleh simpulkan untuk Wiko Tommy3 ini, walaupun ia merupakan peranti asas (basic) tetapi mempunyai fungsi kamera yang bagus dan harga peranti ini pun sungguh kompetitif dan mampu milik. Sesuai sangatlah untuk dijadikan telefon pintar nombor 2 anda atau untuk dihadiahkan untuk kegunaan ayah/ibu/anak-anak bagi tujuan penggunaan asas sahaja.