Jom Sertai Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 | Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 kembali! Mari ambil bahagian bersama watak animasi tempatan kegemaran anda!
Semasa larian nanti, akan ada ‘maskot’ dari berbagai industri animasi tempatan seperti Boboiboy, EjenAli, Didi & Friends, ChiChi ChaCha, Chuck Chicken dan banyak lagi akan turut serta dalam larian ini. Pastikan anda bawa anak-anak anda bersama-sama untuk family outing yang menyeronokkan.
Info Cyberjaya Kre8tif@ Costume Fun Run 2018
Nama Acara | : Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 |
Tarikh | : 5 August 2018 (Ahad) |
Masa Berkumpul | : 7.00 pagi |
Masa Pelepasan Peserta | : 8.00 pagi |
Masa Kelayakan | : 9.30 pagi |
Lokasi | : Cyberpark, Cyberjaya |
Jarak Larian | : 5KM Fun Run |
Kategori |
Jarak | Umur Kelayakan | Masa Berkumpul | Masa Pelepasan | Bayaran (RM) |
Fun Run | 5KM | 6 tahun dan ke atas (2012 & sebelum) | 7.00 pagi | 8.00 pagi |
RM40 |
Kelayakan
- Peserta mestilah berusia 6 tahun ke atas pada 31 Disember 2018.
- Semua peserta di bawah umur 18 tahun mesti diiringi oleh orang dewasa.
- Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, warga asing dengan status Permanent Residence Malaysia, dan orang asing dengan permit kerja Malaysia.
Bayaran Masuk
- Yuran Pendaftaran: RM 40.00 seorang.
Kit Perlumbaan (Untuk Peserta)
- Kit perlumbaan terdiri daripada baju-T, nombor bib dan pin keselamatan.
- SEMUA peserta dikehendaki menunjukkan Kad Pengenalan / Pasport mereka, atau, E-mel Pengesahan ketika mengambil Kit Perlumbaan pada hari pengambilan kit perlumbaan.
- Peserta bebas untuk menjadi kreatif dengan pakaian cosplay atau menggunakan tee kit perlumbaan sepanjang larian tersebut.
- Sila ambil perhatian bahawa saiz baju-T adalah terhad. Pengedaran akan dilakukan berdasarkan “first-come-first-serve basis“.
Pemgambilan Kit Perlumbaan
- Lokasi: Setia Haruman Properties Gallery, Persiaran Sepang, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor.
- Tarikh: 28/7/2018 & 29/7/2018 (Sabtu & Ahad)
- Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Kelayakan Peserta
Peserta yang melengkapkan larian akan menerima
- Pingat Penghabisan Larian (Fisnisher Medal)
- Sijil Penyertaan
- Untuk Pelari pertama yang menamatkan perlumbaan, anda akan menerima hadiah khas daripada Penganjur
Ada best lagi…. bagi yang menyertai Pertandingan Kostum Cosplay akan diadili dan bakal memenangi hadiah-hadiah menarik seperti berikut:
Menarik sungguh hadiah yang bakal di menangi ini kan! Jadi jangan ketinggalan untuk menyertai larian Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018 ini dan anda boleh berdaftar di https://home.hooha.asia/CKCFR2018.aspx
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Cyberjaya Kre8tif! Kostum Fun Run 2018, sila hubungi:
- Emel: icare@twentyfirstcenturysports.com
- Tel: 03-5637 3821 / 03-5637 3681
Tarikh Tamat Pendaftaran
- 13 Julai 2018 atau apabila mencapai maksimum 2000 peserta.
Jumpa anda di sana!