GSC Raikan Sayangi Malaysiaku Dengan Tawaran Hebat | Sempena bulan Kemerdekaan ini dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’, Golden Screen Cinemas melancarkan satu kempen baru untuk tiket wayang bernilai RM10 bagi dewasa di semua lokasi, setiap hari, untuk semua filem 2D sebelum 1.00 petang! Lebih baik lagi, pelanggan juga boleh menggunakan Kad Kredit GSC Hong Leong Mastercard yang baru untuk mendapatkan potongan RM6 lagi, menjadikan harga tiket itu menjadi RM4 setiap tiket wayang ketika membeli melalui Platform Tiket Dalam Talian GSC!

Filem-Filem Menarik Sempena ‘Sayangi Malaysiaku’
| Julai 2018 | Ogos 2018 | September 2018 |
| 26/7 – Mission Impossible: Fallout
|
2/8 – The Spy Who Dumped Me
9/8 – The Meg 9/8 – Hantu Kak Limah 16/8 – Christopher Robin 16/8 – Big Brother 30/8 – Munafik 2 |
6/9 – The Nun
13/9 – Johnny English Strikes Again 13/9 – The Predator 27/9 – Paskal |
Tawaran Harga Hebat Kempen Sayangi Malaysiaku
Lebih daripada itu, selaku pempamer filem terkemuka di negara ini GSCakan mengumumkan pelbagai tawaran promosi yang menarik untuk Premiere Class dan Gold Class pada 9 Ogos 2018, yang menawarkan nilai hebat kepada penonton early-birds di lokasi GSC terpilih. Kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai keperluan khas turut akan mendapat nilai hebat ini pada 16 Ogos 2018, apabila promosi serupa akan disediakan untuk mereka.
| Promosi | Maklumat | Tarikh Pelancaran |
| Hanya RM10 setiap hari sebelum jam 1 petang |
|
2 Ogos 2018 |
| Harga Baru untuk Pelajar |
|
|
| Premiere / Gold Class Celebration |
|
9 Ogos2018 |
| Harga Baru Warga Emas / Kanak-Kanak / Orang Kurang Upaya (OKU) |
|
16 Ogos 2018 |
Untuk terus meraikan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan semangat perpaduan, kemerdekaan dan kepelbagaian dalam semua warna dan tenaga, GSC juga akan menawarkan popcorn nilai kombo, serta premium dan barangan eksklusif yang boleh diperolehi oleh pelanggan dari kaunter konsesi. Dari 13 Ogos, pelanggan boleh mendapatkan Beg Kitar Semula yang terhad, serta Merdeka Tumbler yang boleh diguna semula.

Akhir sekali, pada bulan Ogos dan September ini akan diadakan pelbagai acara sambutan untuk pelanggan dan pencinta filem. Ini termasuk tayangan khas, Roadshow Cuti Sekolah Tahunan GSC dengan Parade Popcorn, dan banyak lagi.
En. Lionel Loh, Pengurus Pemasaran Kanan Golden Screen Cinemas berkata, “Terdapat banyak filem hebat sepanjang tempoh ini. Dalam semangat Merdeka dan selaras dengan memberi pelanggan kami pengalaman sinematik yang hebat dan nilai terbaik, kami berusaha memberi ganjaran kepada mereka dengan kempen ‘Sayangi Malaysiaku’, yang akan menyaksikan pelbagai promosi, tawaran, dan acara yang berlaku pada bulan Ogos dan September bersempena dengan Merdeka dan Hari Malaysia. Kami harap ini akan memberikan sesuatu kepada pelanggan untuk datang ke pawagam kita, apabila mereka menonton filem dengan kami. ”
Kempen ‘Sayangi Malaysiaku’ berakhir 26 September 2018. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas.
#GSCinemas #SayangiMalaysiaku
