Wiko Jerry3 Berskrin Lebar dan Berwarna Warni | Selepas Wiko Tommy3 mendapat skrin lebar, kini satu lagi telefon pintar dari siri Y Wiko mendapat kemaskini yang mengikut trend terkini iaitu berskrin lebar. Wiko Jerry3 kini berskrin lebar 18:9 dengan 5.45″ paparan IPS dan didatangkan dalam 4 warna yang ceria.

Wiko Jerry3 ini walaupun mempunyai skrin yang lebar tetapi sangat kompak dan mudah untuk dipegang. Kerana saiznya yang kompak, ia muat untuk diletakkan di dalam poket baju kerana beratnya hanya sekitar 172 gram (termauk bateri) sahaja. Dengan teknologi IPS terbina pada skrinnya, memudahkan anda melihat isi kandungan dengan jelas dari sudut mana pun.

Wiko Jerry3 dibina untuk kemudahan multimedia dan melayari internet, dilengkapi dengan prosesor Quad-Core 1.3GHz, ia memberikan pengalaman multimedia yang lancar untuk telefon pintar segmen permulaan ini.
Siri Y baru ini dilengkapi dengan versi edisi Android™ Oreo™ Go terbaru* untuk pengalaman pengguna yang dioptimumkan. Ia memberi navigasi lancar dan prestasi yang lebih baik.

Ia dilengkapi dengan 1GB RAM dan 16GB ROM, dan boleh dikembangkan dengan kad MicroSD bersaiz 64GB. Jika masih tidak mencukupi storan fizikal, anda boleh manfaatkan Foto Google** untuk penyimpanan tanpa had. Ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 2500 mAh dan boleh bertahan untuk sehari jika penggunaan asas untuk telefon pintar seperti membuat/menerima panggilan, membalas mesej, memeriksa status di laman media sosial dan sebagainya. Harus diingat, ini merupakan telefon segmen permulaan, namun menawarkan beberapa ciri-ciri dari segmen pertengahan.
Pada bahagian kamera pula dibekalkan dengan 5MP untuk kamera belakang dan depan (berserta selfie flash). Kameranya juga didatangkan dengan fungsi HDR untuk gambar yang lebih berkualiti.

Terdapat 4 pilihan warna untuk telefon pintar Wiko Jerry3 ini iaitu Gold, Anthracite Black, Cherry Red dan Bleen. Harganya pula sungguh-sungguh menarik pada hanya RM269 dan boleh dibeli di kedai dalam talian Wiko di 11street Malaysia, Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.
*Android is a trademark of Google LLC; Oreo is a trademark of Mondelez
International, Inc. group.
**Free storage at high quality, requires Google account and internet connection.