AME 2019 Pertandingkan 16 Kategori Pencalonan

AME2019 logo

AME 2019 Pertandingkan 16 Kategori Pencalonan | Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME’ ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan.

AME 2019

Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 12 Februari 2019 ditutup secara rasmi pada 8 Mac lalu.

‘AME 2019’ bakal mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube ‘MeleTOP’,Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada 21 April kelak bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Orang kuat AME 2019

“Menginjak tahun keenam, segala perancangan sudahpun memasuki fasa terakhir bagi memastikan penganjuran ‘AME’ untuk tahun ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang seperti yang dirancang, kata Raqim Ahmad, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro.

Pelbagai kejutan yang merangkumi pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang bakal membuat persembahan istimewa menerusi gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah lagu hits masa kini khas untuk malam tersebut telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan kesemua selebriti juga adalah berdasarkan kriteria ‘AME 2019’ iaitu ‘Yang Legit, Yang Legend.”

AME 2019 ‘Yang Legit, Yang Legend'

“ERA meneruskan usaha dalam menyediakan platform kepada bakat tanah air dengan menyerlahkan lagi potensi mereka, sambil mengambil kira minat dan kemahuan peminat ERA. Selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, kami berbangga mengekalkan Anugerah MeleTOP ERA bersama pihak MeleTOP dan menjemput peminat-peminat ERA untuk sekali lagi membuang undi dalam fasa kedua undian AME 2019, bagi pemilihan pemenang untuk 16 buah kategori yang dipertandingkan, menurut Dhan Andreas, Pengurus Kandungan ERA

Trivia Pencalonan Akhir ‘AME 2019’

  1. Selebriti popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi untuk program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam ‘AME 2019’. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas ‘AME 2019’.
  2. Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil Ahmad telah disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagi kategori ‘Hos MeleTOP’. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu ‘Fesyen MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’.
  3. Dengan keputusan itu, selebriti dengan undian tertinggi selepas Nabil dan Neelofa secara automatik diputuskan untuk mengisi senarai pencalonan akhir ‘AME 2019’ bagi kategori berkenaan.
  4. Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2019’, badan audit bertauliah ‘W.L. Chong & Associates’ telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang ramai.
  5. Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Fattah Amin mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori individu.
  6. pula tercalon menerusi kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Pelakon TV MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan selebriti jelita yang juga merupakan isteri beliau iaitu Nur Fazura menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.
  7. turut cemerlang menerusi tiga buah kategori iaitu ‘Hos MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Artis Lawak MeleTOP’.
  8. Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusly turut tercalon untuk dua kategori yang sama iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ masing-masing dengan lagu hits mereka, ‘Anta Permana’, ‘Di Matamu’ dan ‘Jatuh Bangun’.
  9. Kolaborasi mantap komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Group/Duo MeleTOP’ menerusi lagu ‘Haram’.
  10. Selebriti versatil, Jihan Muse tidak kurang hebat dengan pencalonan untuk dua kategori iaitu ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan suaminya, Ungku Hariz menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.
  11. Seiring dengan populariti yang diraih, senarai akhir ‘AME 2019’ juga menyaksikan tiga penyanyi ‘BBNU’ yang nama mereka mula melonjak naik selepas menyertai program ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Andi Bernadee, Sarah Suhairi dan Syafiq Farhain.
Penaja AME 2019

Fakta Menarik Tentang ‘AME 2019’

  1. ‘AME 2019’ merekodkan permulaan cemerlang dengan peningkatan jumlah undian fasa pertama tertinggi sebanyak 116% berbanding edisi sebelum ini. Ini membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan diterima baik oleh peminat seni hiburan tanah air.
  2. Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web rasmi serta perkongsian maklumat harian terkini merentasi platform TV, radio dan digital menjadi antara faktor utama yang menyemarakkan kempen undian. Inisiatif mengadakan pengumuman khas rasmi secara langsung di MeleTOP juga turut membantu.
  3. Tiga hos popular tanah air yang cukup sinonim dengan jenama MeleTOP dan ‘AME’  iaitu Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse bakal berganding bahu untuk mengendalikan pentas utama sebagai pengacara ‘AME 2019’.
  4. Pentas ‘AME 2019’ juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif selebriti popular yang menepati kriteria tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ termasuklah Ayda Jebat, Misha Omar, Siti Nordiana, Hael Husaini, Ismail Izzani, Andi Bernadee, Floor 88, Pop Shuvit, Exists, Akim & The Majistret serta ramai lagi.
  5. Manakala antara nama-nama popular yang bakal tampil selaku barisan penyampai anugerah termasuklah Mira Filzah, Zahirah Macwilson, Remy Ishak, Janna Nick, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Datuk Chef Wan serta ramai lagi.
  6. Penerbitan ‘AME 2019’ turut disokong 100 Plus yang hadir selaku Penaja Utama dan Nivea selaku Penaja Bersama.
  7. ‘AME 2019’ turut menjalinkan kerjasama strategik bersama GRAB yang bakal mengendalikan penghantaran eksklusif tiket VIP dengan servis penghantaran atas permintaan GrabExpress kepada barisan selebriti tanah air. Bukan itu sahaja, diskaun istimewa turut diberikan jika pelanggan menggunakan GrabPay jika menaiki GRAB untuk hadir ke acara ini pada malam AME 2019.

Cara Menghantar Udian Untuk Fasa Kedua ‘AME 2019’

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web ‘AME 2019’ dan portal ERA serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac 2019, jam 6.00 petang hingga 21 April 2019, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2019’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

2 thoughts on “AME 2019 Pertandingkan 16 Kategori Pencalonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *