Ristech Cafe Menceriakan Bandar Enstek, Nilai Dengan Hidangan Korea, Itali dan Western Yang Sedap | Bandar Enstek, Nilai ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Rata-rata kedai makanan di kawasan ini menyajikan makanan masakan Melayu. Bagi yang inginkan kelainan, Naz nak rekomenkan anda mencuba menu di Ristech Cafe…. Kenapa? Selain menghidangkan portion yang besar, hamper ke semua bahan-bahan masakan dibuat sendiri seperti sos, pasta, roti dan lain-lain lagi. Maklum la owner dia chef kan!

Ristech Cafe ini tak susah nak cari, ia terletak di Kuarters KLIA Business Centre. Cari je Stesen Petronas Kuarters KLIA dan dibelakangnya terdapat deretan kedai-kedai. Ristech Cafe ini terletak di tingkat 1, betul-betul atas pasaraya Segi Fresh… cafe ini berlainan sikit kerana menawarkan kelainan dari segi makanan dan juga kemudahan kepada pelanggan mereka.

Kemudahan di Ristech Cafe
Sebelum Naz berceloteh pasal menu dan hidangan yang kami nikmati, jom tengok ambience di cafe ini. Cafe ini dibuka selepas perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Ruang yang luas dan dekorasi yang menarik menjadikan cafe ini sesuai untuk anda dan rakan-rakan serta keluarga berkunjung untuk menikmati hidangan menarik sambil bersantai. Bagi yang ulat buku, terdapat ruang yang menyediakan bahan bacaan bagi memenuhi selera minda anda.
Ada juga ruang yang disediakan dengan buaian di mana anda boleh menikmati seleksi Espresso anda sambil berhayunan. Tak cukup dengan itu, ada juga ruang gaming dengan PlayStation 4 yang boleh disewa hanya RM18 untuk 2 jam (dengan RM7/jam untuk setiap jam berikutnya) sementara menunggu hidangan anda disediakan. Kalau anda datang bersama anak-anak memang ruang ini menjadi tumpuan mereka….senang anda nak makan kan.

Jika masuk waktu solat, tak perlu risau untuk ke surau/masjid kerana terdapat ruang solat yang disediakan. Selain dari itu, cafe ini menawarkan kemudahan hawa dingin, wifi percuma, menjual simkad pra-bayar dan top-up, dan beberapa lagi barangan yang sedang dinilai untuk dijual di cafe ini. Selain dari itu, cafe ini juga boleh ditempah untuk majlis anda seperti meraikan hari jadi keluarga atau rakan, meraikan sambutan anniversary anda, majlis reunion, untuk perbincangan kumpulan anda dan bermacam lagi lah….. cuma perlu telefon mereka dan bincang sampai jadi.
Hidangan Antarabangsa Sentuhan Anak Tempatan
Chef Haris ini memang suka makan dan mahir menyediakan hidangan Italian dan Western. Kesemua menu pasta, bahan asas nya seperti Spaghetti, Linguine, Macaroni di buat sendiri. Bahkan sos nya juga dihasilkan sendiri dari bahan mentah dan bukannya dari sos dalam tin yang berada di pasaran. Yang pastinya Chef Haris terus mencipta dan berinovasi untuk menghasilkan hidangan yang sedap, lazat dan berkhasiat. Bagi yang menjaga diet pemakanan mereka, setiap menu menunjukkan kandungan kalori, karbohidrat, lemak dan protein. Jadi anda boleh pilih yang mana bersesuaian untuk anda.
Pada malam tersebut, Naz dan rakan-rakan telah mencuba hidangan berikut:

420 Kcal | 46g Carbs | 16g Fat | 17g Protein

268 Kcal | 10g Carbs | 6g Fat | 33g Protein

450 Kcal | 45g Carbs | 15g Fat | 46g Protein

330 Kcal | 13g Carbs | 15g Fat | 35g Protein

350 Kcal | 32g Carbs | 18g Fat | 15g Protein

130 Kcal | 15g Carbs | 7g Fat | 2g Protein

160 Kcal | 8g Carbs | 3g Fat | 28g Protein

350 Kcal | 37.8g Carbs | 11.5g Fat | 24g Protein
Promosi Setiap Hari
Bagi yang mengemari Bubble Tea, Ristech Cafe menawarkan harga istimewa untuk Ajushi Milk Tea Viral pada harga RM5 sahaja (harga biasa RM7) kepada 5 pelanggan pertama yang datang pada jam 6 petang dan 8 malam setiap hari (kecuali Jumaat-off day). Bubble dalam minuman ini juga turut dihasilkan sendiri oleh Chef Haris dan rasanya memang serupa seperti bubble tea yang lain, cuma kurang manis (itu yang Naz suka).

Selain dari itu, cafe ini baru memulakan set breakfast mereka pada 20 Julai lalu dengan menawarkan 3 set hidangan yang di sertakan dengan 1 minuman Espresso pilihan dan refill free flow kopi kampung kaw-kaw pada harga hanya RM7/set. Set sarapan pagi itu terdiri dari:


Kalau bajet kecik, anda masih boleh ke café ini kerana ia menyediakan ruang D.I.Y. untuk anda masak maggi (boleh di beli di kaunter) dengan menggunakan perisa-perisa tambahan yang disediakan secara percuma.


Boleh bayar tanpa tunai?
Iya anda baca betul! Jika anda tak ada tunai, anda boleh juga membuat pembayaran untuk hidangan anda dengan menggunakan e-money dari e-wallet Touch n Go atau Boost. Kemudahan digital yang ditawarkan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Gereeeekkk seehhhhhh!!!

Jadi kalau anda berada atau ke kawasan sekitar Bandar Enstek, KLIA atau yang sewaktu dengannya… singgah lah ke Ristech Cafe untuk mencuba hidangan yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.
Ristech Cafe
Alamat:
C29-1, Jalan Pusat Niaga 1,
KLIA Kuarters Business Centre,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Setiap Hari (kecuali Jumaat)
8.00 pagi – 12 tengahari
3.00 petang – 1o malam.
No. Telefon:
019-2969306
Layari laman social media untuk sebarang update terkini cafe ini :
Instagram: https://www.instagram.com/ristech_cafe






