Raja Lawak Junior Program Pencarian Bakat Komedi Astro Warna | Bertitik titik tolak daripada kejayaan program realiti ‘Raja Lawak’ atau ‘RL’ terbitan Astro yang telah melahirkan ramai penggiat seni versatil tanah air, kini inisiatif pencarian bakat dalam bidang komedi diluaskan pula kepada pelapis dalam kalangan ‘Generasi Z’ menerusi ‘Raja Lawak Junior’ atau ‘RLJ’.

Selama 8 minggu, pertandingan bakat yang berkonsepkan komedisecara santai, bakal menampilkan 10 peserta untuk bersaing di pentas ‘RLJ’ musim pertama yang terdiri daripada 6 pelawak solo dan 4 pelawak berkumpulan dalam lingkungan umur 7 hingga 15 tahun.
Format pemarkahan adalah 100% berdasarkan juri profesional yang akan menilai daripada sudut ‘punchline’ (40%), penceritaan (40%) dan persembahan (20%). Manakala pemberian markah secara ‘Love’ pula adalah menurut pecahan seperti berikut:
| 1 ‘Love’ | 2 ‘Love’ | 3 ‘Love’ | 4 ‘Love’ | 5 ‘Love’ |
| 1 – 20% | 21 – 40% | 41 – 60% | 61 – 80% | 81 – 100% |
Peserta yang mendapat markah tercorot pada setiap minggu akan disingkirkan.

Program ‘Raja Lawak Junior’ bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 10 Ogos 2019, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia juga boleh dinikmati menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.
Manakala 10 episod kapsul istimewa ‘Saya Raja Lawak Junior’ yang berdurasi selama 10 minit untuk setiap episod pula akan disiarkan mulai hari Rabu, 31 Julai hingga hari Ahad, 4 Ogos 2019, jam 6.00 petang dan 8.50 malam. Pengisian kapsul ini lebih memfokuskan kepada sekitar sesi ujibakat ‘RLJ’ dan episod pengenalan peserta yang terpilih.
Kapsul ‘Ceritera Raja Lawak Junior’ pula akan disiarkan setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 8.50 malam mulai 7 Ogos 2019 yang akan menghiburkan penonton dengan gelagat mencuit hati persediaan para peserta sebelum persembahan mingguan mereka.
Kedua-dua kapsul ini bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Warna (132), Warna HD (124) dan Astro Ceria (611).