MinangTapau by Fazley Yaakob Menu Ringkas Yang Sedap | Pada 2 Januari 2020 yang lalu Naz telah diberitahu yang Dato’ Fazley Yaakob telah membuka satu lagi kedai makannya yang beroperasi di Bukit Damansara. Since Naz tengah bercuti untuk hantar anak ke sekolah di Bukit Damansara juga, makanya elok sangat lah untuk terjah bersama isteri dan mencuba apa yang ditawarkan di kedai ini.

Kedai #MinangTapau ini terletak di Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara dan berada di tingkat 1. Landmark dia senang je, cari Masjid Umar Al-Khatab dan kemudian cari CIMB Bank, kedainya bersebelahan sahaja. Ia betul-betul di atas Klinik Haiwan dan anda akan nampak Lepakafe, MinangTapau ada di situ.

Menu yang ditawarkan memang ringkas kerana berkonsepkan makanan tradisi Melayu tapi dalam bentuk fast food. Disediakan dalam mangkuk tapau yang boleh dinikmati terus di situ atau boleh dibawa balik. Menu yang ada sekarang ini memang rendah kalori dan untuk makan lebih sihat.

Pada hari tersebut Naz dan isteri mencuba Nasi Bowl iaitu Daging Salai Masak Cili Api (RM11.90) dan Rendang Minang (RM11.90). Dari segi portion dia memang just nice untuk Naz sebab tak terlalu sedikit dan tak terlalu banyak. Walaupun masak cili api tapi tidak lah podeh sangat! Nak cuba Bubur Podeh tak boleh dah sebab dah kenyang, jadi kena pakat dengan geng blogger lain untuk terjah nanti.


Bila dah up status kat IG, maka geng blogger makan sudah mengatur jadual untuk terjah ke Minang Tapau hari Sabtu. Jadi Naz buat kali keduanya menyinggah lagi dan pastinya akan mencuba Bubur Podeh yang menjadi sasaran sejak hari Khamis lagi.


Bubur Podeh ini sebenarnya Hero menu di sini nie sebab menyediakan 5 tahap kepedasan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian lidah yang akan merasa. Dua jenis sambal digunakan iaitu sambal hijau dan sambal merah. Dan kita tahu Dato @fazleyyaakob nie orang Ghombau (represent!), jadi dia dah buat level kepedasan tu mengikut gaya dailek orang Ghombau….
- Den Tak Tahan Podeh!
- Tak Podeh Bonar Do! ๐ถ
- Podeh La Jugak! ๐ถ๐ถ
- Podeh Gilo Jang! ๐ถ๐ถ๐ถ
- Podeh Nak Mampuih Woi! ๐ถ๐ถ๐ถ๐ถ
Lagi satu, Teh Tarik Potonguler yang manis, lemak berkrim tanpa ada kerisauan kandungan gula tinggi dihasilkan menggunakan susu pekat Potonguler ….. #zerosugar yang menggunakan Stevia dan OligoFruktosa
Naz sangat rekomen untuk anda mencuba hidangan yang disediakan di MinangTapau terutama Bubur Podeh dia. Level manakah anda?
Minang Tapau by Fazley Yaakob
Waktu Operasi: Setiap Hari (11 pagi hingga 6 petang), Tutup Hari Ahad
Alamat: Minang Tapau @ Lepakcafe, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara (bersebelahan CIMB Bank)
Instagram: @MinangTapau
Google Maps/Waze/Contact: linktr.ee/minangtapau
#MinangTapau #MasakanMinang #NasiBowl #PastaBowl #BuburPodeh #TehTarikPotonguler


Memang menarik dan sedap untuk yang pening nak makan apa. Tapau je…
Tapau habis je