Bufet Golden Reunion Tahun Baru Cina Restoran Utara Meriah | Diam tak diam, dah masuk bulan terakhir 2019 dan ini bermakna semakin dekat untuk sambutan Tahun Baru Cina 2020. Semakin banyak jemputan diterima untuk review sajian promosi makan malam Tahun Baru Cina. Yang pasti tak lupa nak jemput Naz ialah Restoran Utara, Armada Hotel PJ. Untuk kali ini, Restoran Utara membawakan bufet Golden Reunion Tahun Baru Cina dengan tema kemakmuran, yang membawa nasib yang baik dan kemurahan rezeki. Raikan tahun tikus dengan seisi keluarga di Restoran Utara dengan hidangan mewah masakan Cina tradisional dari Chef Eksekutif Chew Teik Chye dan pasukannya.

Seperti kebiasaan, hidangan akan di bawa satu persatu untuk dan Alhamdulillah member satu meja memang yang kaki makan. Jadi seronok dengan kemeriahan berebut-rebut menghabiskan setiap hidangan. Dimulakan dengan lambungan Yee Sang (Yee Sang Tossing) yang memang menjadi tradisi hidangan Tahun Baru Cina. Yee Sang kali ini dengan isi utamanya King Salmon.

Kemudian diikuti dengan Good Fortune Poon Choy (bahagian kecil) yang sememangnya meriah dengan udang, brokoli, beberapa jenis cendawan, isi itik, abalone, scallops, dan beberapa isi lagi. Dan juga disertai dengan Nasi Goreng yang sangat sedap di makan begitu sahaja.

Hidangan seterusnya Deep Fried Whole Fish with Cheong Cheng Sauce. Ikan yang digoreng garing dengan sos yang masam manis memang menyelerakan. Punya la sedap sehingga licin dikerjakan oleh kami.

Kemudian Stir Fried Mixed Vegetables with Lotus Root dan Chinese Herbal Chicken Kee Chee menyusul. Dan yang ditunggu-tunggu Stir Fried Crabs with Kam Heong menjelma. Masing-masing terus menggunakan jari jemari untuk meratah ketam yang dengan sos Kam Heong.
Sajian akhir adalah Sang Har Noodles yang dihiasi dengan Udang Galah. Walaupun ketika ini semua dah hampir kenyang, tapi Udang Galah tu memanggil manggil untuk di habiskan.

Tak lengkap sajian jika tiada pemanis mulut kan. Kami disajikan dengan Deep Fried Nein Koa dan Ling Chin Pak Hup (sejuk) yang menyamankan. Memang cukup mewah hidangan ini dan pastinya memeriahkan jamuan makan malam Tahun Baru Cina nanti.
Oh ya, asyik sibuk duk bercerita tentang makan-makan nie sampai terlupa nak mention harga untuk hidangan ini. Untuk Yee Sang, restoran Utara menawarkan 2 jenis iaitu King Salmon Yee Sang (RM88+) dan Fruity Veggie Yee Sang (RM78+). Untuk Good Fortune Poon Choy (Treasure Pot) ditawarkan pada harga RM488+. Bukan setakat makan di restoran Utara, malah boleh dipesan untuk dibawa balik. Ia dibungkus dalam bekas claypot yang menarik. Anda perlu membuat tempahan 3 hari awal sebelum hari yang diperlukan. Ia tersedia untuk tempahan untuk tarikh bermula 1 Januari sehingga 9 Febuari 2020.


Sebagai permulaan kepada perayaan Tahun Baru Cina, untuk bufet Reunion Pra Perayaan adalah RM80+ seorang dewasa, RM60+ untuk warga emas dan RM40+ untuk kanak-kanak. Ia bermula dari 17 sehingga 23 Januari 2020. Buffet Pra Tahun Baru Cina kali ini menawarkan kombinasi masakan tradisi masyarakat Cina, hidangan tempatan, makana Barat, Jepun dan bermacam lagi. Pendek kata, hidangan yang memenuhi selera semua lapisan masyarakat.
Manakala Makan Malam Buffet Reunion Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020 dan Makan Malam Buffet Tahun Baru Cina pada 25 Januari berharga RM90+ seorang dewasa dan RM45+ seorang kanak-kanak.
Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif atau meraikan rakan perniagaan, Chef Chew dan pasukannya telah menyediakan beberapa Set Menu bankuet yang sesuai untuk keluarga, rakan atau perniagaan.
The Pearl Prestige Set Menu berharga RM1,188+
The Everlasting Future Set Menu berharga RM1,288+
The Splendour Treasures Set Menu berharga RM1,388+
Set Makan Malam CNY di atas adalah untuk 10 orang dengan 2 meja minimum yang diperlukan untuk majlis persendirian. Kumpulan 10 orang dan ke atas akan menerima Salmon Yee Sang percuma. Tersedia untuk ditempah dari 1 Januari hingga 9 Februari 2020.
Untuk tempahan atau pertanyaan mengenai set Tahun Baru Cina di Restoran Utara, sila hubungi +603 79546888 ext 4557 – Utara atau email armada@armada.com.my.




