Selepas kejayaan Zombi Kampung Pisang pada tahun 2007, kini abang Mamat Khalid kembali dengan Zombi Kilang Biskut yang akan ke pawagam 20 March nanti.
Filem ini diterbitkan oleh Enjit Semut Sdn Bhd dan diedarkan oleh TGV Pictures serta dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilcha, Sofi Jikan, Dalimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Adam AF dan ramai lagi. Moh kite nengok trailer filem Zombi Kilang Biskut…
NaZ telah ke preview filem ini di TGV One Utama pada 11 Mac yang lalu. Terima kasih Enjit Semut Sdn Bhd atas jemputan ini.
Kata abang Mamat Khalid, filem seperti ini wajib ditonton di pawagam supaya penerimaan humornya sampai dan mengeletek jiwa. Lebih baik lagi menonton bersama keluarga atau pun rakan-rakan, baru lah dapat merasai lebih komedi yang ingin disampaikan.

Filem ini telah menjalani pengambaran di sekitar Perak (seperti juga filem zombi sebelum ini) dengan menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. NaZ boleh paham kenapa kos yang tinggi sebab penggunaan efek dalam pembikinan filem ini.
Terdapat 2 konflik dalam filem ini iaitu zombifikasi yang tercetus di kilang biskut yang menyerang kampung pisang dan juga hantu Kamariah yang mencari Usop kerana membunuh beliau. Nak cerita lebih karang jadi tak best pulak, jadi kena nantikan 20 Mac untuk tayangan bermula.

Abang Mamat Khalid berjaya mengeletek hati NaZ melalui filem ini. Dengan loghat orang Perak membuat filem ini bertambah humornya. Seperti biasa penerapan beberapa mesej sepanjang filem ini menjadi trademark abang Mamat. Kalau dapat mesej tersebut bagus la, kalau tak paham tak pe just enjoy!

Secara keseluruhan, NaZ rasa filem komedi ini bagus dari mula sehingga hantu Kamariah menggamuk tetapi selepas itu agak mendatar membuatkan rasa hampir nak tertelap. Mungkin sebab NaZ penat sangat kot…

Selepas tayangan tersebut satu sesi bersama media dilakukan di ruang Chillax dan kelihatan Datuk Seri Dr. Effendi Nawawi bersama Datin Seri Tiara Jacquelina turut serta pada majlis tersebut walaupun untuk seketika.