Yogurt Lactel Kids Baharu Yang Lebih Sihat, Lebih Berkrim Dan Lebih Lazat

Lactel logo_Dairy goodness FINAL

Yogurt Lactel Kids Baharu Yang Lebih Sihat, Lebih Berkrim Dan Lebih Lazat | Lactel Kids ialah snek yogurt untuk kanak-kanak yang lazat, sihat, dan penuh khasiat. Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat dan menyeronokkan, dan akan digemari oleh anak-anak mereka kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel.

Yogurt Lactel Kids

Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat, menyeronokkan, dan pasti akan digemari oleh anak-anak mereka, kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel

Boleh didapati dalam pek 100 gram yang menarik dengan gambar-gambar haiwan comel berwarna terang seperti gajah, orang utan dan harimau. Yogurt Lactel Kids boleh didapati dalam perisa kegemaran kanak-kanak, iaitu strawberi, vanila dan pisang. Tiga (3) pilihan perisa ini dibuat dengan puri buah-buahan sebenar tanpa sebarang pemanis tiruan tambahan yang pasti menambat selera si cilik, dan teksturnya yang berkrim dengan jelas menunjukkan khasiat susu yang digunakan untuk membuat yogurt. Selain kelazatan rasanya, Lactel Kids merupakan snek yogurt yang benar-benar sihat dan berkhasiat kerana ia diperkaya dengan kalsium, diperkuat dengan vitamin D dan kultur hidup yang penting untuk kesihatan usus.

Pek Lactel Kids yang menarik dengan gambar comel  gajah, orang utan, dan harimau dalam warna-warna terang digabungkan dengan snek yogurt yang lazat dan sihat menjadikan yogurt ini cara memupuk kesedaran memulihara hidupan liar Malaysia sambil menikmati snek yang berkrim, serta lazat, dan sihat!

Segera dapatkan perisa yogurt kegemaran anda di pasar raya berhampiran hari ini! Yogurt jenama ini boleh didapati di semua pasar raya utama termasuk (tetapi tidak terhad kepada) AEON, Giant Hypermarket, BIG, Jaya Grocer, MYDIN, Billion, The Store, MyNews, EconSave, LuLu Hypermarket, Servay, Pantai Selamat, foodpanda dan banyak lagi[i]!

Mengenai Lactel Kids

Yogurt Lactel Kids adalah sebahagian daripada keluarga produk tenusu Lactalis, syarikat ternusu terkenal Perancis yang bertapak di lebih 90 negara di seluruh dunia. Lactalis membeli perniagaan tenusu sejuk Nestle (yogurt dan minuman yogurt) di Malaysia pada lewat tahun 2018. Sebagai syarikat yang terkenal kerana membekalkan produk tenusu berkualiti di seluruh dunia, Lactalis akan membawa kepakaran dan pengetahuannya ke Malaysia, dengan membawa produk baharu dan inovatif ke pasaran untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama produk tenusu sejuk kegemaran di negara ini! Untuk maklumat lanjut, sila ke https://lactel.com.my/


[i] Senarai Penuh Pasar Raya:

BANDAR BARUTFVALUE
BATARASTHESTORE
BILLIONTUNAS
BOULEVARDXIRI
CHECKERSSUPER SEVEN
CS BROTHERTFP OTK
ECONJAYAVillage Grocer
E-MARTMATAHARI
EVERRISEJAYAGROCER
EVERWINBIG
FAMILY STOREGIANT
HUA HOAEON
HWATHAIELEWSMART
LONGWANMR. DOLLAR
LULUAEON BIG
MAHSURI RIASUNSHINE
MYDINMASLEE
NIRWANANSK TRADE CITY
PANTAI SELAMATMYNEWS
PKTECONSAVE
SERVAYFOODPANDA
SINGKWONG    44.  LOTUS’S
SOON LEE MEGA MART 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *