Nestlé Malaysia Menerajui Penggunaan Plastik Kitar Semula Untuk Pembuatan Botol Produk Sedia Diminum

Nestlé Malaysia Menerajui Penggunaan Plastik Kitar Semula Untuk Pembuatan Botol Produk Sedia Diminum | Nestlé Malaysia kini sedang menggiatkan  usaha untuk mengurangkan sisa plastik dengan meluaskan penggunaan bahan pembungkusan yang mesra alam. Syarikat tersebut merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengguna plastik kitar semula yang diperbuat daripada resin (rPET) bermutu tinggi bagi produk sedia diminum (RTD) yang dalam bentuk botol.

[From Left]  April Wong, Business Executive Officer, Ready to Drink Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad; Juan Aranols, Chief Executive Officer of  Nestlé (Malaysia) Berhad and Dato' Adnan Pawanteh, Head of Corporate Affairs, Nestlé (Malaysia) Berhad unveiling its latest sustainable packaging solutions of high-quality recycled resin (rPET) bottles for all its Ready-to-Drink products, as well as MILO UHT 125ml paper cluster packaging.

Usaha ini sejajar dengan ikrar Syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik dara sebanyak sekurang-kurangnya satu pertiga dan memastikan 100% daripada pembungkusannya diperbuat daripada bahan boleh dikitar semula dan diguna semula di seluruh dunia menjelang 2025, termasuk Malaysia. Setakat ini, 90% daripada bahan pembungkusan Nestlé Malaysia direka untuk dikitar semula.

Syarikat juga telah menggantikan penggunaan plastik sekali guna bagi pek kluster MILO UHT 125ml dengan kertas dikitar semula yang diperoleh secara lestari, dan berusaha untuk meluaskan inovasi ini kepada seluruh rangkaian UHT.

[Center] Juan Aranols, Chief Executive Officer, Nestlé Malaysia with the Nestlé team showcasing the latest sustainable packaging solutions.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Menambah baik prestasi alam sekitar pembungkusan kami  dan meningkatkan kutipan untuk kitar semula adalah antara usaha utama di bawah agenda kelestarian kami. Sisa plastik masih merupakan masalah global dan kami sedang bekerja keras untuk melaksanakan penyelesaian yang inovatif dan lebih baik untuk alam sekitar. Dengan beralih kepada botol 100% rPET dan lebih banyak pembungkusan berasaskan kertas, kami dapat mengurangkan penggunaan plastik dara serta jejak CO2 kami. Ini mencerminkan komitmen berterusan Syarikat untuk membentuk masa depan bebas sisa.”

“Ini adalah inisiatif yang bermakna di bawah “MILO Sayang Bumi” yang dilancarkan pada tahun lepas. Kami berhasrat untuk menjadikan MILO sebagai jenama bebas plastik dan karbon neutral yang pertama di Malaysia menjelang 2025. Usaha ini juga menyokong Peta Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2030 dengan matlamat menyelesaikan masalah pencemaran sisa plastik dan membina ekonomi kitaran plastik bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.”

 [From Left] Juan Aranols, Chief Executive Officer of  Nestlé (Malaysia) Berhad; April Wong, Business Executive Officer, Ready to Drink Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad; Lim Seng Huat, Packaging Technology Manager, Nestlé (Malaysia) Berhad  and Dato' Adnan Pawanteh, Head of Corporate Affairs, Nestlé (Malaysia) Berhad viewing the the MILO UHT 125ml paper cluster packaging at Nestlé's Sri Muda Factory.

“Kami di Nestlé Malaysia mempunyai pengamalan yang luas serta pemahaman yang kukuh mengenai sistem kutipan dan kitar semula. Kami berhasrat untuk memimpin melalui teladan dengan meluaskan usaha ini kepada rakan kongsi peruncit dan pembekal.”

“Kami berharap menerusi inisiatif-inisiatif ini, kami akan membantu meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perubahan sikap dalam khalayak ramai bagi membentuk planet yang lebih baik untuk semua. Hakikatnya, kita perlu berganding bahu untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih mesra alam,” tambah Aranols.

Pada 2020, Nestlé Malaysia juga menjadi syarikat pertama di ASEAN untuk memperkenalkan straw kertas yang diperolehi secara lestari bagi seluruh rangkaian UHT, sekali gus mengurangkan penggunaan lebih daripada 200 juta straw plastik setiap tahun.

Production line of Nestlé Malaysia's 100% rPET bottles for its Ready-to-Drink products at Nestlé's Sri Muda Factory. - Kitar Semula

Syarikat terus menganjurkan beberapa inisiatif untuk terus mengukuhkan program kelestariannya, termasuk Projek CAREton dengan kerjasama Tetra Pak untuk mengubah penggunaan karton minuman terpakai menjadi jubin bumbung ‘hijau’ dan papan panel. Tambahan lagi, Syarikat sebelum ini telah memperkenalkan inovasi pembungkusan lestari yang lain, termasuk paket kertas bagi MILO Mixes, cawan kertas 100% untuk pensampelan bagi van MILO dan pembungkusan kertas bagi beberapa produk aiskrimnya.

Nestlé Malaysia juga berganding bahu dengan pengitar semula dan beberapa kawasan perbandaran di Lembah Klang bagi meluaskan sistem kutipan dan kitar semua, dan dijangka akan memanfaatkan 100,000 rumah pada tahun 2022.


Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

One thought on “Nestlé Malaysia Menerajui Penggunaan Plastik Kitar Semula Untuk Pembuatan Botol Produk Sedia Diminum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *