‘AME 2020’ Lakar Sejarah Perintis Kandungan ‘4K UHD’ Tempatan

AME2020a

Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME’ ialah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan. Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 29 Januari 2020 ditutup secara rasmi pada 25 Februari lalu.

Bersama barisan artis yang hadir di sesi sidang media AME 2020

Penganjuran ‘AME 2020’ edisi ketujuh penuh gemilang yang mengetengahkan tema ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’ bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

AME 2020 dengan format resolusi kualiti 4K UHD

Lebih istimewa,para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’ kini boleh menyaksikan siaran ‘AME 2020’ dalam format resolusi kualiti 4K UHD yang menawarkan pengalaman menonton dengan ciri-ciri teknologi terkini dan didatangkan beserta paparan visual yang lebih menakjubkan menerusi peranti pilihan masing-masing tanpa sebarang caj tambahan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘AME 2020’ turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

AME 2020 menjadi taruhan pertama Astro dalam membawakan program televisyen yang bersiaran secara langsung menggunakan teknologi format 4K UHD. Majlis penganjuran acara berskala besar dan berprestij seperti AME ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan pengalaman menonton yang dilengkapi dengan ciri teknologi terbaharu kepada para pelanggan. Ini kerana program tersebut bukan sahaja melibatkan barisan artis terkemuka dan selebriti media sosial yang cukup berpengaruh dengan bilangan pengikut yang besar, malah turut disaksikan oleh jutaan peminat di kesemua rangkaian termasuklah platform televisyen, online dan acara lapangan.

Harapan kami agar penganjuran AME 2020 bakal menjadi sebuah lagi testimoni hebat dalam usaha mengangkat dan meraikan bakat dan karya seni hiburan terbaik di Malaysia merangkumi cabang filem, muzik dan televisyen – segalanya kini lebih jelas menerusi paparan format resolusi 4K UHD!

Barisan Pengurusan Astro bersama maskot Ejen Ali, BoBoiBoy bersama Nabil Ahmad dan Alif Satar

Kami dengan ini mengalu-alukan kehadiran rakan niaga dan penaja untuk turut sama melakar sejarah baharu dalam dunia penyiaran di Malaysia, menurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro.

Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan & Drama Astro berkata ‘Selaku peneraju kandungan kreatif utama di rantau ini, Astro terus mengorak langkah ke hadapan sekaligus melakar sejarah membanggakan dalam dunia penyiaran apabila muncul sebagai satu-satunya syarikat penyiar yang menawarkan siaran kandungan televisyen tempatan pertama di Malaysia dalam format resolusi 4K UHD menerusi penganjuran ‘AME 2020’. Inisiatif ini sekaligus menjadi pencetus perubahan yang membuka dimensi baharu kepada pasaran kandungan tempatan.

Dalam pada itu, kami juga cukup terharu dengan sokongan luar biasa yang diterima untuk edisi tahun ini. Jumlah peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama secara keseluruhan juga meningkat saban tahun dengan statistik terkini sebanyak 29% lebih tinggi berbanding tahun lalu. Prestasi cemerlang ini jelas membuktikan bahawa penganjuran ‘AME’ masih relevan dan diterima baik oleh para peminat.

Bagi meletakkan jenama AME sebagai penanda aras kepada penganjuran majlis penganugerahan berprestij seumpama ini di Malaysia, kami telah menyusun strategi yang terbaik bagi memastikan ia berlangsung penuh gemilang. Pelbagai kejutan yang merangkumi pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang bakal membuat persembahan istimewa telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan kesemua selebriti juga adalah berdasarkan elemen ‘Yang Epik, Yang Legend.”

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi ‘AME 2020’ di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 3 Mac 2020, jam 6.00 petang hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2020’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

#AME2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *