ASICS RELAY Kembali Untuk Tahun Ke-3 Ke Malaysia | ASICS RELAY akan Kembali! Dengan logo baru, duta serantau, laman web yang dikemas kini dan banyak lagi, ASICS RELAY 2019 semuanya bersedia untuk menjadi satu acara mendebarkan apabila ia dilancarkan di Asia Tenggara dari bulan Jun dan seterusnya tahun ini.

Berlangsung di empat bandar raya, ASICS RELAY 2019 bermula di Jakarta, Indonesia (29 Jun), diikuti oleh Bangkok, Thailand (3 Ogos) dan Kuala Lumpur, Malaysia (7 September) sebelum menamatkan siri di Singapura (12 Oktober). Tahun ini, edisi Malaysia akan melihat Litar Antarabangsa Sepang dipilih sebagai tempat pilihan, menjanjikan pengalaman perlumbaan yang berlainan kepada semua peminat sukan larian ini.
Peminat-peminat KPOP akan gembira untuk mengetahui bahawa tahun ini, penyanyi Korea Selatan, Park Sang-Hyun aka Thunder telah dilantik sebagai duta serantau dan akan menyertai salah satu daripada empat perlumbaan ASICS RELAY.

Berlari bersama Thunder adalah pasukan impian ASICS yang diwakili oleh satu duta dari setiap bandar – Olivia Jensen untuk Indonesia, Toey Pongsakorn untuk Thailand, Jasmine Suraya untuk Malaysia, dan Zong Zi Jie untuk Singapura. Setiap ahli pasukan impian akan bersaing mewakili bandar mereka sendiri dalam empat acara ASICS RELAY yang berlangsung di Asia Tenggara.
Di kesemua empat bandaraya, ASICS Relay 2019 mempunyai dua jarak perlumbaan – 42km Full Marathon dan 21km Half Marathon. Dalam empat orang sepasukan, setiap pasukan yang bertanding boleh memilih dari tiga kategori berganti – Lelaki, Perempuan, dan pasukan Campuran di mana setiap ahli pasukan dikehendaki untuk menyelesaikan 10.5 kilometer untuk Marathon Penuh, dan 5.25 kilometer untuk Half Marathon untuk memenuhi jarak keseluruhan.
Sebagai tambahan kepada format ini, untuk menampung pasukan yang lebih kecil, ASICS juga melancarkan kategori baru dua pelari dalam satu pasukan untuk individu.
Di luar perlumbaan, para peserta juga dapat menantikan kegiatan menarik dan pratonton dari rakan dan penaja lokal di perkampungan perlumbaan. Peserta juga akan menerima pingat penamat yang menarik, bib perlumbaan peribadi, dan tshirt perlumbaan ASICS yang eksklusif, apabila tamat perlumbaan.
Jadi, mulalah berlatih untuk larian berkumpulan bagi membina semangat sehingga ke hari perlumbaan, kerana melihat rupa pada rakan-rakan anda yang ‘keletihan tetapi dengan riak gembira apabila anda melangkah ke garisan penamat, dan berpelukan antara satu sama lain apabila anda menyeberang garisan penamat adalah benar-benar pengalaman mendalam yang tiada bandingan.
Sertai kami di ASICS RELAY di Kuala Lumpur! Ikuti kami di Facebook dan terus ditonton di www.asicsrelay.com untuk kemas kini!