BookXcess Buka Kedai Buku Berkonsepkan ‘The Box of Knowledge’ Yang Serba Unik

BXSunwayBigBox_01

BookXcess Buka Kedai Buku Berkonsepkan ‘The Box of Knowledge’ Yang Serba Unik | Pencinta buku di selatan tanah air kini boleh membeli buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan kerana BookXcess Sunway Big Box telah dibuka secara rasmi hari ini di FF-01, Sunway Big Box, Sunway Iskandar. Kedai buku yang serba unik ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

BookXcess Sunway Big Box - The biggest in the southern region with its unique The Box of Knowledge concept bookstore

Para pengunjung BookXcess Sunway Big Box yang meneroka kedai buku yang berkonsepkan The Box of Knowledge pasti terpegun melihat kedai buku berkeluasan 32,000 kaki persegi yang turut menampilkan rak buku yang setinggi 7.5 meter. Rak buku tersebut turut menempatkan Children’s Cave iaitu sebuah sudut khas untuk kanak-kanak. Para pengunjung boleh mendapatkan buku-buku daripada pelbagai genre seperti sains fiksyen, seram, kesusasteraan, novel remaja, buku-buku perniagaan, resipi masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak serta banyak lagi buku-buku terlaris di kedai buku terbesar di wilayah selatan ini. BookXcess Sunway Big Box turut menampilkan sudut membaca yang selesa bagi memudahkan pelanggan membaca buku-buku yang disediakan. Mereka juga boleh menikmati secawan kopi dan pelbagai jenis juadah pencucui mulut di kafe milik BookXcess, Café Wolf, di dalam kedai buku berkenaan.

BookXcess Sunway Big Box features affordable English books at 50% - 80% off recommended retail price

Di Children’s Cave, ibu bapa pasti teruja kerana dapat menemukan beraneka pilihan judul menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Eksklusif bagi BookXcess sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan siri Buku Ajaib yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) di kedai buku ini. Buku Ajaib ini membolehkan kanak-kanak membaca, bermain serta belajar kerana ia menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang dan menciptakan satu pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Menampilkan pelbagai judul yang menarik, si kecil boleh menyaksikan watak-watak kegemaran mereka seperti Disney Winnie The Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey, Counting Fun with Mickey, Disney Frozen: A Sleepover Party dan banyak lagi. Promosi istimewa akan diadakan mulai 27 Februari hingga 31 Mac 2020 untuk siri Buku Ajaib ini di mana pelanggan boleh membeli 2 buah Buku Ajaib dan mendapatkan 1 buah Buku Ajaib secara percuma atau membeli 3 Buku Ajaib bagi mendapatkan 2 Buku Ajaib secara percuma.

Nitish Ramanah, Head of the Design Department of BookXcess, Andrew Yap, Co-Founder of BookXcess and Chan Hoi Choy, CEO Sunway Malls & Theme Parks at the official opening ceremony of BookXcess Sunway

 “BookXcess sentiasa berusaha untuk menyemarakkan lagi minat suka membaca dengan berusaha untuk mengumpulkan lebih ramai pencinta buku tidak kira di mana kami berada, terutama sekali dalam kalangan ibu bapa.  Kami yakin bahawa ianya penting bagi ibu bapa untuk mengetahui kepentingan membaca dan juga memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kami menyeru kepada semua ibu bapa agar turut sama memupuk tabiat suka membaca dan mendedahkan anak-anak kepada lebih banyak buku. Terdapat beraneka pilihan buku kanak-kanak yang boleh didapati bagi memenuhi pelbagai citarasa berbeza. Membaca bukan sahaja mampu meningkatkan ilmu dan membentuk peribadi seseorang itu, malah ia turut berupaya memperbaiki proses pemikiran dan meluaskan lagi kesedaran individu tentang isu-isu sosial, ekonomi dan alam sekitar,” jelas Pengasas Bersama BookXcess Sdn Bhd, Andrew Yap.

“BookXcess merupakan satu pelengkap kepada apa yang ditawarkan oleh Sunway Big Box Retail Park – sebuah pusat tumpuan awam yang mengutamakan interaksi antara masyarakat. Ini melengkapkan lagi pengalaman yang menyeluruh serta holistik dalam menyerlahkan keselesaan tempat awam seperti di rumah sendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, Chan Hoi Choy.

Red Readerhood, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess, percaya bahawa semua orang tanpa mengira status berhak mendapatkan akses kepada ilmu menerusi bacaan. Melalui inisiatif Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris yang baharu dikumpul dan didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik menerusi badan-badan kebajikan masyarakat tempatan yang turut sama menyokong usaha ini. Bagi memulakan usaha ini, BookXcess Sunway Big Box komited untuk menyumbangkan bilangan buku yang sama dengan jumlah bilangan buku yang dijual pada hari pembukaan kedai berkenaan. Para pelanggan boleh memilih buku pilihan mereka di sudut Red Readerhood untuk didermakan.

Sempena minggu pembukaan, pelanggan boleh menikmati tambahan potongan harga 20% atas buku-buku yang dijual pada harga diskaun mulai 27 Februari hingga 1 Mac 2020. Para pelanggan turut layak untuk menyertai promosi seperti keahlian BookXcess percuma, pembelian judul terpilih pada harga RM1, potongan 50% untuk kopi dan teh di Café Wolf serta mendapatkan baucar tunai BookXcess bernilai RM20 untuk setiap pembelian berjumlah RM150. Sila kunjungi laman sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang The Box of Knowledge.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *