the Curve Membantu Ibu Tunggal Raikan Raya Aidilfitri

the Curve Membantu Ibu Tunggal Raikan Raya Aidilfitri │  Bulan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa, yang merupakan salah satu ibadah yang sangat mulia dan disyariatkan dalam Islam. Dan setiap ibadah itu, tentu saja mengandung hikmah dan tujuan. Dengan berpuasa juga menumbuhkan rasa kasih sayang dan persaudaraan terhadap orang lain, dan membantu saudara yang kurang bernasib baik bagi meraikan Syawal yang bakal tiba. Pihak the Curve dengan Simply Cookies telah bergabung pada Ramadan ini bagi membantu ibu-ibu tunggal meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah lagi bersama anak-anak mereka.

Kempen Bantuan Hari Raya the Curve
the Curve bantu ceriakan hari Raya buat ibu tunggal [foto kredit FB PWBBM]
Kolaborasi bulan Ramadan di antara pihak the Curve dan Simply Cookies bersama Persatuan Wanita Bersatu Berwawasan Malaysia (PWBBM), merupakan inisiatif yang pertama kalinya diadakan oleh pusat membeli belah ini. PWBBM merupakan sebuah organisasi yang membantu ibu-ibu tunggal melalui pemberian bantuan asas, nasihat kewangan dan banyak lagi.

En. Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve memberi ucapan aluan
En. Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve memberi ucapan aluan

Pihak the Curve membantu organisasi ini dengan memberikan ruang niaga secara percuma untuk setiap hujung minggu selama 5 minggu bagi menjual produk-produk biskut mereka kepada para pengunjung pusat membeli belah itu. “Melalui perkongsian ini, diharap organisasi ini dapat menjana pendapatan bagi meningkatkan kedudukkan kewangan mereka, selain agar mereka dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan pernuh bermakna”, ujar En. Jazmi Kamarudin, selaku Pengurus Besar the Curve.

En. Jazmi merenjis air pancut
Pelancaran simbolik di kolam air pancut oleh En. Jazmi Kamarudin

Satu majlis penyerahan sumbangan dan berbuka puasa telah diadakan oleh pihak the Curve bagi meraikan tetamu istimewa yang terdiri dari 11 ibu tunggal dari PWBBM bersama-sama anak mereka. Lebih meriah lagi apabila tetamu undangan yang istimewa, Ziana Zain turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal oelh En. Jazmi dan Ziana Zain
Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal oelh En. Jazmi dan Ziana Zain

 

Ziana Zain turut memberikan sumbangan peribadi beliau kepada ibu tunggal
Ziana Zain turut memberikan sumbangan peribadi beliau kepada ibu tunggal

Tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan tarian Ahlan Wa Sahlan di Centre Court pusat membeli belah tersebut yang telah dihiasi dengan seni bina Islam klasik yang bercirikan rumah agam Sheikh Manor. Selain dari itu, tetamu istimewa ini telah menerima duit raya dari pihak the Curve serta sumbangan barangan dari Pesona Warisan, Nusantara Creations, La Divine dan Waarna. Lebih menarik lagi Ziana Zain juga turut menyampaikan hadiah dari Ziana Zain’s World shawl dan duit raya kepada ibu tunggal ini. Para tetamu kemudian berbuka puasa di Ah Tuan Ee.

Ziana Zain juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan melalui Ziana Zain's World Shawl
Ziana Zain juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan melalui Ziana Zain’s World Shawl
Ziana Zain's World Shawl
Ziana Zain’s World Shawl [foto kredit engkumuzahadin.blogspot.com]
Meraikan berbuka puasa bersama ibu tunggal dan anak-anak mereka
Meraikan berbuka puasa bersama ibu tunggal dan anak-anak mereka

Dari 26 Mei hingga 27 Jun 2017, kempen Raya the Curve akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan. Antaranya tarian musikal, persembahan Gambus Raya dan Bengkel Seni Khat yang diadakan pada hujung minggu dan cuti umum. Pengunjung juga boleh berhibur dengan persembahan Jazzy Raya pada Jummat malam.

Pada bulan Ramadan ini, pengunjung yang membuat belian RM200 ke atas dalam 2 resit maksimum akan layak mendapat sampul raya istimewa, manakala pembelian RM450 ke atas dalam 2 resit maksimum akan layak membawa pulang set pinggan perayaan. Tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Di harap para pengujung pusat membeli belah the Curve dapat memberikan sokongan kepada pihak Simply Cookies dengan membeli produk biskut mereka sambil membantu usaha mereka. Gerai mereka terletak di aras bawah berhadapan dengan Starbucks Coffee, dibuka setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang kempen ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pejabat khidmat pelanggan the Curve di talian 03-77106868 atau layari www.thecurve.com.my atau facebook the Curve.

One thought on “the Curve Membantu Ibu Tunggal Raikan Raya Aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *